Home Video Buat Muka Tak Bersalah Lepas Parking Tepi Jalan, Tindakan Pemandu Lori Ini...

Buat Muka Tak Bersalah Lepas Parking Tepi Jalan, Tindakan Pemandu Lori Ini Pula Buat Ramai Yang Sokong

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok brosu82, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan rakaman ‘dashcam’ dari sebuah lori, di mana terdapat beberapa kenderaan yang meletakkan keretanya di tepi jalan serta pemandu lori ini juga tidak dapat memandu di laluan tersebut untuk pergi ke stesen minyak. Namun begitu, tindakan pemandu lori ini juga telah raih perhatian netizen selepas beliau bertindak untuk ‘sound’ dan memberi hon, disebabkan kenderaan lain juga turut menunggu di belakangnya.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 11 11 160206
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan pemandu lori ini sememangnya membuatkan orang ramai bersetuju dengannya. Ada juga yang mengatakan berpuas hati selepas pemandu lori ini memarahi pemandu lain yang masih jalan ‘bersahaja’ ke kereta masing-masing. Netizen juga mengatakan ini adalah cara terbaik jika berhadapan dengan individu sebegini.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.4M penonton, 122.9K sukaan dan 7932 komen.

Baca lagi: Akibat Tak Perlahankan Kenderaan Ketika Kerja Penyelenggaraan Jalan Dilakukan, Lihat Apa Yang Terjadi

Baca lagi: “Meremang Dengar Dia Baca”-Reaksi Pemuda Ini Hafal Al-Quran Jadi Tumpuan Ramai

Lihat klip durasi pendek tindakan pemandu lori ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@@@zainudinmappere : fuhh..terima kasih bang,puas hati dgr abg sound sbji mcm tu

@Imn: yg depan tu mesti dia cakap “selamat aku tak kena maki”

@amircidin: jdi lagi geram bila tgh hon dia boleh keluar keta buat tatau

@Fieezaza: Brother ni yang sound ak pulak yg puas hati

@ceritaKITA: org dh hon mcm nk roboh dia santai gitu je keluar keta

@judyandmary87: saya sangat berpuas hati dengan makian encik. boleh tidur dengan lena mlm ni

@Daniel: Terbaik boss . Cara elok nnti buat lgi . Sound terus depan2 bg clear

@NazrinMusleh: cekak pinggang santai2 tgk lori dtg mintak sound dlu baru masuk kete

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram