Home Netflix Bulan April 2024 Diwarnai dengan 7 Filem Netflix Menarik, Terbaru dan Pelbagai...

Bulan April 2024 Diwarnai dengan 7 Filem Netflix Menarik, Terbaru dan Pelbagai Genre

0

Netflix terus menerbitkan filem Netflix original sendiri yang ditayangkan secara eksklusif di platform ini. Berbagai-bagai cerita menarik disajikan, dari genre drama biografi, komedi romantik, dan juga pertarungan epik. Dengan ini, pasti para penonton dihidangkan dengan semakin banyak pilihan.

Berikut dibawah ini adalah tujuh buah filem Netflix terbaru yang ditayangkan bermula April 2024.

 

1. Scoop (2024)

NetflixScoop merupakan filem Netflix tema drama biografi yang diarahkan oleh Philip Martin. Filem ini diadaptasi dari buku Sam McAlister, bekas editor Newsnight, bertajuk Scoops: Behind the Scenes of the BBC’s Most Shocking Interviews. Filem ini menceritakan tentang proses mendapatkan wawancara televisyen BBC 2019 dengan Putera Andrew oleh penggiat TV dan wartawan Emily Maitlis serta pasukan produksi program berita BBC Two, Newsnight.

Wawancara ini menjadi berita utama kerana membahaskan hubungan Putera Andrew dengan penjenayah seks, Jeffrey Epstein. Scoop menampilkan cara kewartawanan yang gigih untuk mendapatkan wawancara yang menggoncang dunia. Filem ini tayang di Netflix pada 5 April 2024.

 

2. Love, Divided (2024)

f0357af5 2f36 43ae bb9b 34c577212346Filem Netflix genre komedi romantik Sepanyol ini diarahkan oleh Patricia Font. Cerita tentang hubungan antara Valentina, seorang pemain piano muda yang sedang berlatih untuk uji bakat, dan jirannya, David, seorang game developer yang memerlukan ketenangan dah kedamaian. Tempat tinggal mereka hanya dipisahkan oleh dinding yang nipis.

Filem ini merupakan remake dari filem rom com Perancis Blind Date (2015). Love, Divided tayang di Netflix pada 12 April 2024.

 

3. Stolen (2024)

baaa4a49 d0a0 43ba ab09 c5346c4c5417Stolen merupakan filem Netflix dengan genre drama thriller Sweeden garapan pengarah Elle Márjá Eira. Filem ini diadaptasi dari novel bertajuk sama karya penulis pemenang anugerah, Ann-Helén Laestadius. Cerita tentang perjuangan seorang wanita muda untuk mempertahankan warisan budaya asalnya dalam dunia yang dipenuhi dengan xenofobia, perubahan iklim yang mengancam kehidupan penggembalaan rusa, dan pilihan bunuh diri oleh generasi muda dalam menghadapi putus asa secara kolektif.

Stolen memberikan gambaran tentang bagaimana perubahan iklim dan xenofobia dapat mempengaruhi komuniti dan budaya asal. Filem ini menawarkan pandangan yang mendalam dan penuh emosi tentang cabaran yang dihadapi oleh komuniti orang asal di dunia moden. Stolen tayang di Netflix pada 12 April 2024.

 

4. Rebel Moon — Part Two: The Scargiver (2024)

131a8527 5c40 4319 ac8a bb5bf9f41e1bRebel Moon — Part Two: The Scargiver merupakan sekuel dari saga epik Rebel Moon (2023) yang diarahkan oleh Zack Snyder. Filem Netflix ini meneruskan cerita Kora dan para pejuang yang bersedia untuk mengorbankan segala-galanya. Mereka berjuang bersama orang-orang berani dari Veldt untuk mempertahankan kampung yang dahulunya aman damai.

Filem ini menampilkan para pejuang yang mempersiapkan diri untuk mempertahankan Veldt, rumah baru mereka, bersama penduduknya melawan Realm. Para pejuang menghadapi masa lalu masing-masing. Ini mengungkapkan motivasi mereka sebelum pasukan Realm tiba untuk menghancurkan pemberontakan. Filem ini tayang di Netflix pada 19 April 2024.

 

5. City Hunter (2024)

c538cefd 3208 4d65 b8f7 087ac3fb38afCity Hunter merupakan filem Netflix live action Jepun yang diarahkan oleh Yuichi Satoh. Filem ini diadaptasi dari manga bertajuk sama karya Tsukasa Hojo. Cerita mengikuti perjalanan Ryo Saeba, seorang “pakar” kelas atasan yang beraksi di dunia kejahatan Shinjuku modern, Tokyo.

Dengan menggabungkan sikap tenang dan pesona yang menyenangkan, Ryo menghadapi berbagai-bagai tentangan berisiko tinggi di dunia underground. City Hunter tayang di Netflix pada 25 April 2024.

 

6. Woody Woodpecker Goes to Camp (2024)

5045c031 d3c7 404a be54 f0322c2a966eFilem Netflix animasi dan live action ini diarahkan oleh Jon Rosenbaum. Filem ini berdasarkan watak kartun Woody Woodpecker, seekor burung belatuk. Cerita tentang Woody yang diusir dari rumahnya di hutan. Dia lalu mencari tempat tinggal baru. Woody kemudian menemui Kem Woo Hoo dan memutuskan untuk menjadikannya sebagai tempat tinggal baru. Sayangnya, kem tersebut bakal ditutup oleh inspektor yang datang memeriksa tempat itu.

Filem yang sesuai ditonton bersama keluarga ini menjanjikan lawak jenaka slapstick. Banyak huru hara berlaku apabila Woody berinteraksi dengan para kaunselor ken dan kanak-kanak. Woody Woodpecker Goes to Camp tayang di Netflix pada 12 April 2024.

 

7. Amar Singh Chamkila (2024)

Filem netflix

Amar Singh Chamkila merupakan filem Netflix dengan tema drama biografi dari India yang diarahkan oleh Imtiaz Ali. Filem ini berdasarkan kisah hidup dan karier ahli muzik Amar Singh Chamkila. Dia adalah seorang penyanyi rakyat Punjabi yang terkenal pada 1980-an dengan liriknya yang penuh dengan kisah kesedaran sosial dan penampilannya yang penuh bertenaga. Filem ini tayang di Netflix pada 12 April 2024.

Tujuh buah filem menarik di atas bakal menghiburkan anda di Netflix pada bulan ini. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 5 Filem Seram Barat Ini Mengupas Isu Alzheimer dengan unik, Seram yang Realistik
Baca juga: 12 Cadangan Anime Vampire Menarik Untuk Ditonton