Home New Post Burger Daging Dibeli Di RNR Berulat, Netizen Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati Membeli Di...

Burger Daging Dibeli Di RNR Berulat, Netizen Dinasihatkan Untuk Berhati-Hati Membeli Di RNR

0

Banyak kes di mana kita pernah melihat makanan yang berulat akibat disimpan terlalu lama dan terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjual makanan yang berulat tersebut kepada orang ramai.

Baru sahaja semalam tular sebuah video di tiktok @jemahbukanaku di mana rakaman menunjukkan burger yang dipenuhi dengan ulat sampah pada bahagian daging. Daging tersebut dilihat seperti sudah tersimpan terlalu lama dan nampak sangat menggelikan. Menurut pemilik rakaman, mujur dia memeriksa terlebih dahulu kerana burger itu adalah untuk anaknya. Burger tersebut difahamkan dibeli di RNR tetapi tidak disebut RNR di mana.

HATI³ LAH KORG YE,YG SINGGAH RNR TU KALO NAK BELI MAKANAN SEGERA TU CEK LAH BETUL³..NI PENAYA ORG NI.KEJADIAN TERKENA PD SOBAT AQ SNDIRI.korg taknak tau ke rnr mane?kot³ lah korg penah singgah..ehekkk

Melihat kepada keadaan ulat pada burger tersebut disyaki daging tersebut telah dibungkus awal-awal.

“kalau burger baru nustahil jadi gini..ni silap2 burger yg dah lama sangat..dgn size ulat tu jangkaan 5 ke 6 hari”

Baca juga : Beras Berulat Disimpan Dua Bulan Disyaki Terkena Air Tarik Perhatian Netizen

Baca juga : “Sebab Tulah Aku Taknak Mkn Kedai Mamak”-Nasi Goreng Ada Ulat, Patutla Kedai Tak Ramai Orang

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@GG H : tu mesti burger yg dah siap bungkus. sape nak beli ambil jer. klu yg br masak mn mugkin jd mcm tu.

@unknown : bila beli buger tu..prgi jumpa penjual tu..tunjuk ulat byk..mungkin kena sihir kut

@Shairah Ira : ni kes kitar semula nih

@zam skytrex : tu mesti beli yg siap bungkus tu …depa.simpan dalam peti sejuk la..

@IZACK69 : Baru buat tak mungkin cam tu.. mesti dah lama tu..

@zue : tu sebab sis tak suka mkn beger

@ros6008 : Allahuakbar masyaallah nak jual pun biar lah dgn ikhlas

@Ruzaini 6564 : maybe beger yg tak abis smlmnya atau masa packing tak brapa kemas…lalat blh msuk..brsangka baik jer…

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram