Home News Campak Anak Dalam Telaga, Ibu Stres Sering Diejek Kerana Tidak Mampu Berikan...

Campak Anak Dalam Telaga, Ibu Stres Sering Diejek Kerana Tidak Mampu Berikan Susu Badan

0

Selepas melahirkan anak, sudah pasti para wanita perlu menjalani tempoh berpantang untuk masa yang tertentu. Hal ini supaya bukan sahaja tahap kesihatan akibat luka bersalin terjaga, malah emosi si ibu juga perlu dijaga kerana mudah terdedah dengan tekanan.

Begitulah akibatnya yang berlaku seperti di Indonesia ini apabila terdapat kes ibu membuang bayi ke dalam telaga akibat stres diejek tidak dapat memberikan susu badan kepada anaknya sendiri.

Isu ini telahpun ditular di media sosial negara jiran iaitu Indonesia apabila seorang bayi perempuan yang baru sahaja memasuki usia sebulan, dikatakan lesap dari jagaan ibunya. Kehilangan bayi berkenaan menjadi tanda tanya orang ramai khususnya penduduk di Desa Sumberejo, Jember, Indonesia.

Baca lagi: Bapa Terpaksa Beri Duit Belanja RM30 Sebulan, Untuk Makan Minum Anak Di Universiti Buat Ramai Yang Sebak

Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Apa Akan Jadi Jika Anda ‘On’ Aircond Dan Kipas Dalam Satu Ruangan

Screenshot 2023 08 24 090624

Lihat juga video dibawah:

Berasa hiba apabila pelakunya adalah si ibu sendiri apabila dikatakan telah mencampak bayinya ke dalam telaga. Ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa bahawa beliau tidak tahan apabila sering digelar seorang wanita yang gagal kerana tidak berjaya menghasilkan dan memberi susu untuk bayi tersebut dan hanya bergantung kepada susu formula.

Rupanya, akibat tekanan dengan kata-kata orang, anaknya pula menjadi mangsa.
Screenshot 2023 08 24 090635

Rata-rata netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan perkara ini sering berlaku di kalangan wanita yang baru sahaja melahirkan anak. Ada juga yang mengatakan wanita ini tidak salah sepenuhnya kerana beliau berasa tekanan dengan apa yang ditimpa olehnya.

Min hanya nak cakap, kalau boleh jangan lah sebut perkara-perkara yang tidak menyenangkan kepada orang yang telahpun bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya sendiri. Mereka pun berusaha untuk menjadi yang terbaik, apatah lagi kita sendiri.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang