Home Video “Capybara Terlepas, Oyen Pula Hilang”-Lihat Apa Tindakan Pekerja Zoo Negara Ini

“Capybara Terlepas, Oyen Pula Hilang”-Lihat Apa Tindakan Pekerja Zoo Negara Ini

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok roslylana, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan keadaan haiwan di Zoo Negara selepas dinaiki air akibat hujan lebat semalam. Selepas pekerja-pekerja memeriksa dan menyelamatkan kesemua haiwan yang berada di dalam Zoo Negara ini, terdapat salah satu haiwan Capybara dan Oyen telah hilang selepas dinaiki air. Namun mereka terus berusaha mencari sehingga kedua-duanya dijumpai dan selamat.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 10 22 152909
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan mereka sememangnya terkejut apabila mendengar khabar bahawa Zoo Negara sudah dibanjiri air akibat hujan lebat semalam. Oleh itu, netizen juga berasa lega apabila melihat salah satu Capybara dan Oyen dijumpai dan selamat atas bantuan pekerja Zoo Negara. Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada kesemua pekerja Zoo Negara kerana menjaga kesemua haiwan tersebut dengan baik.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 3.1M penonton, 269.5K sukaan dan 3315 komen.

Baca lagi: Disangka Terpijak Gam Tikus, Kejadian Selipar Melekat Dalam Zoo Buat Ramai Tertanya

Baca lagi: Tengah Seronok Mandi Sungai Tiba2 Boleh Tertidur, Gelagat Adik Ini Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek tindakan pekerja Zoo Negara ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Nikki: Tahniah! staff Zoo Negara Dan org2 yg membantu ..

@eknzbd: oyen tu takleh hilang tu. anak emas zoo negara tu haha

@mizz_kay: Terima kasih tuan bagi liputan mcm nie..kami tertanya2 apa berlaku bila tahun zoo negara banjir..terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung

@Memey : dapat berita zoo negara banjir terus terfikir “oyen mcm mana? dia okay ke?” terus menangis maaf laa emosi terganggu

@Nur Amiera Azwa: cheetah yg duduk ats pokok msih ada x .. risau tahu2 duduk dpn pintu FINAS

@Syqzwqn: Dekat sini bleh nmpak oyen adalah asset trbesar skg

@ StRaWBeRrY CoKLaT : capybara yg hilang tu mesti kerja oyen… bila dah terjumpa balik oyen pon muncul lah takut dicop penyebab capybara hilang

@adlinahazyyah: Bulan lepas gi zoo nk tgk oyen, oyen takde.. tah mane lah dia pi merayau

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram