Home News Cara Buat Duit Dengan Mudah, Ikuti 4 Langkah Ini

Cara Buat Duit Dengan Mudah, Ikuti 4 Langkah Ini

0

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan secara online. Antara cara yang popular termasuklah berniaga secara online dan membuat duit dengan blog. Tulis blog pun boleh buat duit? Ya. Terdapat pelbagai cara untuk buat duit melalui blog anda dab jika kena dengan gayanya, anda pasti berpuas hati. Jangan terkejut kerana ada orang yang menjana pendapatan 100% melalui blog sahaja.

Screenshot 2023 05 24 144158

Ikuti 5 Tips Cara Buat Duit Dengan Mudah

1. Affiliate

Bagi yang beru pertama kali jumpa perkataan Affiliate, ia merupakan sebuah konsep sekiranya pemilik blog berjaya menjual produk yang diiklan, mereka akan dibayar komisyen berdasarkan jumlah jualan mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda berjaya menjual sebuah ebook yang berharga RM30, anda berkemungkinan besar mendapat sehingga RM10 komisyen. Jumlah komisyen ini selalunya berbeza antara sesuatu produk dengan produk lain.

Untuk membuat duit dengan affiliate, anda dikehendaki mempromosi link affiliate anda di blog anda. Cara mendapatkan jualan juga terpulang mengikut kreativiti anda sama ada hendak meletakkan link di sidebar blog mahupun menulis satu artikel khas untuk mempromosikan produk tersebut. Antara program affiliate antarabangsa yang lumayan untuk anda cuba adalah Amazon Affiliate dan Clickbank.

Di Malaysia, terdapat beberapa program affiliate yang boleh anda cuba antaranya Exabytes (hosting), Lazada (online shopping) dan Klikjer (ebook).

2. Banner Iklan

Banner iklan adalah cara pengiklanan konvensional bagi pemilik blog. Secara umumnya terdapat dua cara mendapatkan duit dengan meletakkan banner iklan di blog anda:

Affiliate – Daftar mana-mana program affiliate dan letakkan banner produk tersebut di blog anda. Pastikan anda meletakkan link affiliate anda di banner tersebut. Setiap jualan yang terhasil daripada banner tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Sewa Tapak Iklan – Anda boleh membuat tawaran di blog anda kepada mana-mana pemilik produk untuk menyewa tapak iklan di blog anda. Harga sewaan haruslah munasabah dengan trafik blog anda dan berbeza mengikut jumlah hari, saiz banner dan kedudukan banner tersebut dalam blog anda.

3. Iklan Advertorial

Bagi penjual yang mempunyai modal besar, mereka seringkali akan mencari blogger yang mempunyai niche dengan produk mereka. Sebagai contoh, pemilik produk kecantikan biasanya akan membayar mana-mana blogger yang menulis berkaitan fesyen dan kecantikan untuk menulis artikel khas blogger yang menulis berkaitan fesyen dan kecantikan untuk menulis artikel khas mempromosikan produk mereka.

Iklan advertorial merupakan antara cara buat duit paling lumayan dengan blog memandangkan artikel yang ditulis khas untuk sesuatu produk dan artikel itu akan kekal selagi mana blog tersebut masih hidup.

4. Jual Produk Digital

Bagi anda yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu, anda juga boleh menulis sebuah ebook khas untuk berkongsi kepakaran anda. Sebagai contoh, terdapat banyak ebook mengenai saham, hartanah, buat duit online, tips bisnes dan sebagainya yang terdapat di pasaran.

Anda boleh menjualnya sendiri di blog anda dan jika mahupun lebih, anda boleh mewujudkan program affiliate anda dan melantik tim pemasaran affiliate anda untuk mempromosikan produk anda. Selain ebook, anda juga boleh menjual servis contohnya servis membina blog atau menawarkan kursus secara dalam tailan (online).

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi