Home News Cara Buat Duit Melalui Online, Ikuti Langkah-Langkah Ini

Cara Buat Duit Melalui Online, Ikuti Langkah-Langkah Ini

0

Ramai diantara kita masih tertanya-tanya, kenapa lambakan laman web seperti blog dan forum boleh wujud dalam dunia ini. Jawapan kepada persoalan itu adalah sangat subjektif.

Bukan mudah untuk anda jadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Kami ingin menasihati anda, jangan sesekali jadikan blog sebagai punca pendapatan utama, jadikan ia sebagai pendapatan sampingan.

Apakah pilihan yang ada untuk buat duit secara online?

1. Melalui khidmat pengiklanan orang tengah (3rd party), ini adalah teknik jana duit paling digemari dikalangan blogger dan pembangun laman web. Dengan menggunakan pengiklanan orang tengah ini, anda tidak perlu pening kepala mengurus atau mencari pengiklanan yang hendak beriklan dengan anda.

Screenshot 2023 06 01 111518

Diantara servis pengiklanan yang dikenali ramai adalah Google Adsense. Manakala di Malaysia, kita juga ada syarikat pengiklanan seperti Innity dan Nuffnang. Dahulunya terdapat banyak syarikat pengiklanan di Malaysia contohnya Adverlets, Mangga Ads dan juga Komli. Kini, kebanyakkannya sudah hilang ditelan arus zaman.

Untuk berdaftar dengan Google Adsense, anda haruslah mewujudkan laman sesawang atau blog yang beretika pada masa sama menjalankan kemaskini konsisten selama 3 bulan minimum. Adakalanya perlu bersabar sehingga 6 bulan, barulah permohonan anda akan dilulukan.

Bagi yang baru bermula, mungkin anda boleh terus cuba mendaftar di Nuffnang kerana keperluan minimanya lebih rendah dan ‘ketat’ berbanding yang lain.

2. Melalui pengiklanan secara terus, teknik ini juga ada yang menggelarnya sebagai ‘self-advertising’, ‘direct-advertising’ dan bermacam-macam lagi, tapi dipendekkan cerita anda juga boleh menjual tapak iklan secara terus kepada pengiklanan yang anda cari sendiri.

Screenshot 2023 06 01 111536

Contohnya, anda ada tapak iklan kosong yang belum dipenuhkan, kemudian anda berjumpa secara terus dengan Dato’ Aliff Syukri bertanyakan adakah beliau mahu beriklan dengan anda?

Itu penjelasan secara ringkas, sebenarnya prosedurnya lebih rumit dan perlu dokumen yang lengkap sekiranya anda ingin mendekati syarikat-syarikat besar.

3. Melalui afiliasi (affiliate), selain menjual ruang iklan yang mendatangkan untuk melalui paparan iklan dan klik, anda juga boleh menggunakan sistem afiliasi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Sistem ini sebenarnya hampir sama dengan sistem ‘drop-shipping’. Anda cuma perlu promosikan produk atau pautan link, apabila user beli atau melakukan pendaftaran, anda akan dapat komisyen.

Antara sistem afiliasi yang sesuai untuk blogger di Malaysia iala afiliasi Involve-Asia. Kami sangat syorkan anda untuk menggunakan sistem afiliasi ini kerana ianya telah lama berada di pasaran.

Screenshot 2023 06 01 111635

Anda juga perlu berhati-hati kerana kebanyakan perniagaan afiliasi ini boleh jadi scam. ‘Common-sense’ dan rasionalisasi adalah sangat penting dalam mengenal sistem afiliasi yang tulen atau yang palsu.

Selain itu, akaun afiliasi dengan laman web besar membeli-belah online popular seperti Ebay, Amazon dan Lazada perlu ada dalam senarai anda.

Cara buat duit melalui Facebook?

Ini adalah antara perkara baru dalam dunia blogging. Bermula 2016 Facebook telah memperkenalkan Facebook canvas yang akhirnya telah dimajukan menjadi ‘Instan-Articles’ (sebenarnya masih berkonsepkan Canvas versi artikel).

Screenshot 2023 06 01 111654

Melalui Facebook Instant-Articles, anda boleh memohon akaun ‘Facebook Audience Network’ untuk jana pendapatan dari penulisan anda. Penulis juga agak buntu bagaimana hendak jelaskan kepada anda semua.

Untuk memudahkan pemahan anda lihat senarai di bawah ini:

Facebook Instant-Articles = (IA)

Facebook Audience Network = (FAN)

Untuk dapatkan akses IA, anda perlukan page Facebook yang memiliki sekurang-kurangnya 10,000 pengikut dan memiliki laman blog yang boleh tahan “sedap” kadar kemasukan trafik pembacanya. Nilai trafik yang tepat tidak pernah dinyatakan oleh Facebook, tetapi dijangkan lebih kurang 5,000 ke 10,000 pembaca dalam sebulan.

Selepas sudah berjaya dapat akses IA, biasanya memang tidak ada masalah untuk anda terus mohon kebenaran jana wang (monetize) melalui FAN. Bila dah berjaya dapat kedua-dua akses/akaun untuk IA dan FAN ini. Anda sudah boleh konsisten kemaskini laman blog anda setiap hari sambil jana pendapatan.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Iluminasi