Dalam episod terbaru Crash Course in Romance (2023), hubungan Choi Chi Yeol (Jung Kyung Ho) dan Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) semakin akrab, mesra, dan rapat. Mereka telah bercinta secara rasmi tanpa selindung lagi.
Tidak hairanlah jika para penonton semakin bersemangat dan seronok untuk menunggu jalan cerita dan kisah cinta kedua pasangan merpati dua sejoli ini.
Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon juga memiliki gaya percintaan yang sangat sihat dan sentiasa kelihatan sangat serasi bersama. Rasa makin tertanya-tanya bukan?
Jom kita lihat gaya dan cara pasangan ini bercinta!
1. Selalu meluangkan masa bersama walaupun ditengah kesibukan masing-masing
Bagi Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon, meluangkan masa untuk berjumpa dan menghabiskan masa bersama merupakan perkara wajib. Walaupun keduanya memiliki kesibukan masing-masing, pertemuan dan masa bersama-sama dapat menjadi pengubat rindu yang cukup ampuh.
Sesekali Choi Chi Yeol akan mengunjungi kedai makan milik Nam Haeng Seon. Walaupun hanya sekejap sahaja, pertemuan keduanya berjaya membuat hubungan mereka menjadi bertambah hangat.
2. Perasaan prihatin dan sering memberi perhatian merupakan kunci cinta Choi Chi
Yeol dan Nam Haeng Seon saling memberikan perhatian dan prihatin antara satu sama lain menjadi salah satu bukti cinta mereka. Banyak adegan yang dapat membuktikan perkara tersebut dalam drama siri Crash Course in Romance ini.
Salah satu contohnya ialah ketika Nam Haeng Seon tidak pernah gagal memberi bekal makanan untuk kekasih hatinya. Perkara ini sangat membantu Choi Chi Yeol yang mempunyai masalah eating disorder.
3. Tidak segan silu memberi pujian
Choi Chi Yeol terbukti cukup manis dan menyayangi Nam Haeng Seon. Dia pun selalu memberi pujian buat kekasih hatinya itu. Baginya, Nam Haeng Seon merupakan wanita yang boleh membuat hatinya merasa tenang dan damai. Dia rasa beruntung kerana takdir telah mempertemukan mereka.
4. Menurunkan ego untuk meminta maaf boleh membuatkan konflik cepat reda
Konflik dalam sesuatu hubungan merupakan perkara wajib dan asam garam yang perlu dihadapi. Samalah dengan Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon. Sesekali, mereka pun terlibat dengan konflik yang menimbulkan salah faham.
Namun perkara ini dapat diselesaikan oleh keduanya dengan baik. Caranya adalah dengan menurunkan ego masing-masing untuk meminta maaf terlebih dahulu. Pastinya perselisihan faham akan cepat reda jika permintaan maaf telah dilontarkan.
5. Keduanya saling ada untuk sesama sendiri
Mengetahui ada seseorang yang sentiasa ada disisi ketika berhadapan dengan apa jua situasi merupakan suatu kelebihan. Perkara ini membuatkan hati berasa lebih tenang. Sebagai contoh, ketika hubungan mereka diketahui, Choi Chi Yeol tidak pernah segan untuk membela kekasih pujaannya.
Pasti semua bersetuju jika dikatakan hubungan mereka berdua begitu manis dan romantik sekali. Jadi, dari kelima-lima cara dan gaya percintaan Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon ini, yang mana satu dirasakan dekat dengan diri sendiri?
Baca Lagi: Kdrama Terbaik Lakonan Jung Kyung Ho
Baca Juga: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon