Tidak dinafikan raja segala buah ini sedap dan unik rasanya tetapi bau yang ditinggalkan mampu buat kebanyakan kita pening kepala.
Lebih-lebih laki sekirany durian diletakkan di dalam but kereta untuk dibawah pulang ke rumah, pastinya ‘melekat’ baunya selama berhari-hari di dalam kenderaan.
Ini 5 Cara Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan Anda
1. Serbuk Kopi
Bungkus serbuk kopi dalam kain atau gunakan kopi uncang dan letakkan di dalam kereta. Aroma dikeluarkan kopi akan menyerap segala bau durian atau segala jenis bau busuk lain dalam kereta.
Biji kopi biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau pada hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda untuk dicuba.
2. Cuka
Letakkan semangkuk cuka dalam but kereta sebelum ditinggalkan kereta bertutup. Bau cuka yang sifatnya boleh menghilangkan bau durian.
Cuka juga berfungsi untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan kereta kerana baunya. Tips ini boleh mengelakkan kita daripada terkena najis kucing di sekitar kereta sebelum menaiki kenderaan.
3. Roti
Ambil beberapa keping roti (tidak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari.
Roti berfungsi menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari tersebut roti akan mengeras.
4. Arang
Kalau di rumah tiada roti, anda boleh juga gunakan arang untuk ditinggalkan dalam kereta.
Arang berfungsi untuk menyerap bau dalam kereta selepas ditinggalkan beberapa hari.
Bahan bakar tersebut boleh digunakan untuk membakar atau majlis barbeku (BB1) setelah dikeluarkan dari kereta .
5. Daun-Daun Tumbuhan
Balut durian dengan daun ubi kayu, betik atau pandan atau apa-apa daun yang boleh menutup buah. Melalui kaedah ini, bau tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu.
Satu lagi cara adalah membungkus dahulu buah duriansebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik yang diikat dengan kemas.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Mstar