Bagaimana Pelakon Lee Dong Wook mengekalkan bentuk Perutnya Untuk Adegan K-Drama Tanpa Baju?
Ia tidak semudah yang anda sangkakan.
Walaupun pelakon Lee Dong Wook berusia awal empat puluhan, dia mempunyai abs yang dicemburui oleh sesiapa sahaja. Dia juga menunjukkan abs nya semasa adegan K-Dramanya, membuatkan para peminatnya menjadi tidak keruan. Tetapi mengekalkan badan yang berotot itu tidak semudah yang dilihat. Pelakon itu mendedahkan apa yang diperlukan untuk kekal cergas.
Semasa penampilan Lee Dong Wook di The K-Star Next Door, pelakon itu mengakui bahawa dia sering keluar tanpa baju untuk K-Dramanya. Kerana ia boleh mencabar untuk membina otot dan langsing dengan cepat, dia memutuskan untuk mengekalkan badannya dan mendedahkan caranya.
“Peliknya, setiap kali saya membintangi sebuah karya, saya selalu mendedahkan dada. Bukan senang nak cepat bentuk badan. Kemudian saya juga boleh mengekalkan bentuk badan yang saya boleh dedahkan pada bila-bila masa.” Kongsi Lee Dong Wook.
Rakan lamanya dan rakan pelakon Kim Bum berkata, “Dia, Lee Dong Wook banyak bersenam sehingga kami pergi ke gim bersama-sama, dan dia akan bersenam selama tiga jam.”
Walaupun Lee Dong Wook menjelaskan bahawa dia tidak lagi menghabiskan banyak masa di gim, semua orang ketawa melihat betapa letihnya mereka selepas itu.
Walaupun Lee Dong Wook kelihatan hebat semasa adegan topless dan bergambar, mengekalkan perutnya memerlukan kerja keras yang sukar dan kegigihan yang tinggi.
Semua bergelak ketawa bersama dua sahabat itu sambil bercakap tentang betapa penatnya untuk mengekalkan badan yang cergas.
Sumber: Koreaboo
Fizikal yang dimiliki Lee Dong Wook yang mengagumkan pastinya hasil daripada semua kerja kerasnya, menjadikannya salah seorang pelakon lelaki awet muda yang paling dicari di Korea!
Karakter Lee Dong Wook juga sangat menonjol. Dia tinggi dan atletis, hidungnya yang tinggi, kelopak mata berganda, kulit pucat dan bibir merah yang merkah. Terkenal dengan kehebatan membawa kepelbagaian watak dalam setiap kdrama.
Dia telah melakonkan watak Grim Reaper dalam Guardian: The Lonely and Great God (Goblin), seorang peguam terhebat dalam Touch Your Heart, pakar bilik kecemasan dalam Life, dan gumiho (musang berekor sembilan) yang licik namun penuh cinta dalam Tale of Nine-Tailed, dan banyak yang lain lagi.
Adegan mandinya dalam Scent of a Woman adalah antara yang paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah K-Drama. Lee Dong Wook menaikkan kira-kira 16kg otot untuk peranan ini, menjalani diet yang ketat dan latihan 8 minggu yang ketat untuk mendapatkan penampilan yang sempurna.