Cdrama moden yang sedang berlangsung The Tale of Rose, yang dibintangi oleh Liu Yifei sebagai watak utama, telah memulakan tayangannya pada 8 Jun 2024.
Sebanyak 38 episod dan disiarkan setiap hari, The Tale of Rose mengisahkan kisah rumit seorang wanita muda bernama Huang Yi Mei (Liu Yifei), yang bergelut untuk mencari identitinya sendiri sambil melalui pelbagai kesedihan dalam setiap fasa kehidupannya.
Perkahwinannya berantakan, malah lelaki yang benar-benar dicintainya meninggal dunia. Tetapi daripada membiarkan patah hati menentukan hidupnya, dia memutuskan untuk hidup untuk dirinya sendiri.
The Tale of Rose, sebuah kisah yang pasti membuat sesiapa sahaja patah hati ketika menontonnya. Ya, sebuah kisah cinta seorang wanita yang selalu gagal dan kehilangan dalam percintaannya. The Tale of Rose mengusung genre romantis yang kisahnya adaptasi dari novel The Story of Rose karya Yi Shu.
Episod 1 memfokuskan kepada populariti Yi Mei (Liu Yifei) sebagai seorang wanita muda yang cantik, penuh kebebasan dan sentiasa menjadi perhatian setiap lelaki yang berada di sekelilingnya.
Huang Yi Mei, wanita cantik yang lahir dari keluarga terpelajar dan tumbuh dengan penjagaan ketat dari keluarganya, seperti bunga di rumah kaca. Ia memiliki bakat di bidang seni yang luar biasa dan terus berkembang setelah memasuki dunia kerja.
The Tale of Rose episod awal memfokuskan pada kesukaran yang dihadapi Liu Yifei kerana kecantikannya
Adegan seterusnya menunjukkan keluarga Yi Mei. Ibu bapanya juga menyedari popularitinya. Mereka bosan dengan lelaki menghantar hadiah kepada anak perempuan mereka. Walaupun ayahnya kelihatan mesra dengannya, ibu Yi Mei agak tegas. Dia membebel dan menasihati anak perempuannya untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya dan mempunyai hubungan yang stabil dan bukannya memainkan perasaan lelaki sepanjang hari.
Ibunya memberi amaran kepadanya supaya tidak melayan lelaki-lelaki itu kerana mereka mempunyai motif tersembunyi. Yi Mei dan ibunya mempunyai pandangan yang berbeza dalam soal tanggungjawab dan kebebasan wanita.
Kisah cintanya pun dimulai. Dia bertemu dengan Zhuang Guo Dong dan saling jatuh cinta. Namun kerana tekanan hidup, dia pun berpisah dengan Zhuang Guo Dong.
Huang Yi Mei menjalani berbagai gejolak dalam pekerjaan dan patah hati. Namun tidak menyerah. Dia tumbuh dan perlahan memahami jalan yang ingin dia ambil dalam hidup dan memutuskan untuk melanjutkan pendidikannya.
Setelah lulus, dia mendirikan rumahtangga dengan teman kuliahnya yang bernama Fan Xie Wen. Namun, pernikahan itu berakhir kerana karier yang membawa mereka ke jalan yang sangat berbeza.
Setelah gagal dalam pernikahan, Huang Yi Mei tidak putus menemukan cinta sejatinya. Namun, dia juga tidak putus untuk mengejar kariernya. Dia pun memulakan perniagaannya sendiri di bidang seni dan akhirnya bertemu belahan jiwa, Pu Jia Ming. Sekali lagi dia harus dihadapkan dengan kehilangan. Ya, Pu Jia Ming sakit parah dan hidupnya hanya tinggal beberapa bulan lagi.
Akankah Huang Yi Mei kuat menerima kehilangan belahan jiwanya, Pu Jia Ming?
Jika anda ingin mengetahui kisah selanjutnya bagaimana Yi Mei mengharungi dan berjuang untuk kehidupannya, pastikan anda tonton Cdrama “The Tale of Rose”, yang tersedia untuk distrim di Tencent Video, WeTV dan Viki.