Home Entertainment “Celebrity” Akan Ada Musim 2? Masih Ada Teka-Teki?

“Celebrity” Akan Ada Musim 2? Masih Ada Teka-Teki?

0

Adakah anda semua penggemar drama siri Korea telah selesai menonton “Celebrity” yang telah ditayangkan pada 30 Jun lepas di Netflix?

Bagi sesiapa sahaja yang telah menontonnya, pastinya sangat menikmati setiap persembahan para pelakon dan penulisan jalan cerita ‘Celebrity’ yang menyegarkan dan telus.

IMG 4685

Dalam 12 episod, Celebrity menunjukkan kepada kita realiti gelap dan skandal sebagai seorang pengaruh media sosial. Terdapat banyak kecemburuan, politik, dan selalunya, situasi boleh menjadi sangat buruk.

IMG 4686

Walaupun drama siri “Celebrity” telah berakhir dengan segala persoalan besar sudah terjawab tentang apa yang terjadi kepada Seo A Ri (Park Gyu-young) dan misteri di sebalik pemilik akaun Instagram @_bbbfamous. Ternyata masih terasa ada beberapa persoalan yang masih memjadi teka-teki. Jom kita bahas dan lihat semula!

Artikel ini akan mengandungi spoiler!

1. Bagaimana Seo A Ri boleh selamat dari percubaan bunuh dirinya?

IMG 4683

Pada episode ke-11, Seo A Ri diperlihatkan memandu dan menenggelamkan dirinya bersama kereta yang dipandunya setelah berdepan dengan tekanan dan fitnah yang menyelubungi perniagaan serta keluarganya.

Apa yang menjadi persoalan adalah, bagaimana Seo A Ri keluar dari kenderaan yang telah tenggelam atau siapa yang menyelamatkannya dari mati lemas?

2. Jasad siapakah yang ditemukan oleh polis?

IMG 4688

Ternyata, Seo A Ri masih hidup setelah dia membuat pengakuan dan “live streaming” secara rahsia dan mengejut.

Semua yang berkemungkinan terlibat dengan kematiannya termasuklah pihak polis mula kebingungan bagaimana Seo A Ri masih hidup!

Justeru, jasad siapakah yang ditemukan ketika itu? Bagaimana jasad tersebut boleh dinyatakan sebagai Seo A Ri? Sehingga ke episod akhir, tiada penjelasan terperinci tentang hal ini.

3. Bagaimana Seo A Ri menemukan @_bbbfamous?

IMG 4681Selain ingin membongkar segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh firma guaman Taegang dan Gabin Society, Seo A Ri turut melakukan live streaming untuk membongkar kejahatan @_bbbfamous (Seon-yeong) yang mengadu domba dan memfitnahnya.

Persoalannya, penonton tidak ditunjukkan bagaimana Seo A Ri menemukan pemilik akaun tersebut dan bagaimana Seo A Ri tahu yang pemilik akaun tersebut bekerja di Spa?

4. Apakah akan ada Celebrity musim kedua?

Celebrity

Ending Celebrity sebenarnya cukup jelas, kerana nasib akhir semua karakter telah diceritakan.

Dalam adegan terakhir, syarikat pembersihan tiba di rumah Seon-yeong. Salah seorang lelaki melihat tablet dan tersenyum pada halaman sokongan Instagram untuk Seo A Ri. Lelaki itu tidak lain adalah Lee Jun Ho 2PM!!

Namun kemunculan Junho 2PM sebagai cameo di penghujung cerita malah menimbulkan persoalan baru sehingga membuatkan para penonton teruja dan merasa terkejut!

Mimik muka yang ditunjukkan Lee Junho membuatkan penonton tertanya-tanya. Sikap Junho saat melihat akaun Instagram @agree_ari tampak sangat mencurigakan.

Siapa sebenarnya karakter yang diperankan Lee Junho? Apakah akan ada Celebrity musim 2 dengan Junho sebagai pengganti Seo A Ari atau mungkin akan dibuat Spin-off untuk menceritakan asal usulnya Lee Junho??

Namun sehingga artikel ini dibuat, belum ada pengumuman rasmi dari pihak Netflix berkaitan siri Celebrity akan diperbaharui untuk musim kedua. Walaupun ada sumber media lain mengatakan musim kedua akan ditayangkan pada 2025, sebaiknya kita tunggu sahaja pengumuman rasminya!

Baca lagi: Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM

Baca juga: 20 Pelakon Bintang K-pop Korea Terbaik