Kdrama siri terbaharu “Celebrity” dibintangi Park Gyu Young mendedahkan sisi gelap media sosial yang berselindung disebalik para influencer popular
”Celebrity” yang disiarkan di platform penstriman Netflix telah ditayang 12 episod serentak pada 30 Jun 2023 baharu ini. Dibintangi Park Gyu-young, Kang Min-hyuk, Lee Chung-ah, Lee Dong-gun dan Jun Hyo-seong.
Siri yang diarahkan oleh Kim Cheol-kyu (Mother, Flower of Evil) telah mendapat sambutan yang begitu hangat apabila ia menduduki tempat kedua di dunia yang paling ditonton ramai oleh pengguna Netflix.
Pelakon yang sedang meningkat naik Park Gyu Young membawa peranan watak utama sebagai Seo A Ri, seorang jurujual kosmetik yang harus menanggung kepayahan keluarganya termasuklah Ibunya dan adik lelakinya.
Pada asalnya Seo A Ri hidup dalam keluarga yang kaya, ayahnya adalah pemilik kilang kain terbesar di Gangnam. Namun kerana satu tragedi, ayahnya meninggal dunia dan kilang kain itu juga jatuh muflis.
Kehidupan Seo A Ri mula berubah drastik sebaik sahaja dia menjadi tumpuan utama insiden memalukan di sebuah majlis elit yang diadakan untuk para selebriti terkenal.
Dia yang baharu hendak berjinak menggunakan Instagram merasa teruja apabila bilangan pengikutnya semakin ramai rentetan dari insiden di majlis itu. Tiba-tiba dia mendapati dirinya berada di tengah-tengah kemasyhuran media sosial dan mula menjadi tumpuan sehingga ke tahap selebriti kelas atasan.
Dan apabila kemasyhuran media sosial mula mengancamnya sehingga membawa maut, kisah hidup Seo A Ri meniti kemuncak menjadi selebriti terkenal mengalami beberapa siri insiden yang menakutkan dan mengejutkan!
Apa yang menariknya tentang siri Celebrity ini, kisah dan perjalanan Seo A Ri dari seorang gadis biasa yang tidak dikenali sehinggalah dia menjadi ancaman kepada para pesaingnya yang terdiri daripada selebriti-selebriti ternama, ditunjukkan melalui babak dimana kejadian setelah Seo A Ri dianggap telah mati atas kerakusannya sendiri.
Di sebuah bangunan terpencil dan ruang yang gelap, Seo A Ri yang diingatkan telah mati kembali hidup dan menyampaikan strim secara langsung mendedahkan satu persatu rahsia gelap para selebriti yang telah menghancurkan hidupnya disaat dia mencapai kemuncaknya sebagai seorang CEO muda kepada syarikat peragaannya sendiri.
Bukan itu sahaja, melalui pendedahannya di strim secara langsung itu, Seo A Ri juga membuatkan pelaku dan pemfitnah sebenarnya merasa tidak keruan.
ADAKAH CELEBRITY DIAMBIL DARI KISAH BENAR?
Jawapannya adalah TIDAK.
Sebelum melancarkan produksi siri Celebrity ini, pengarah Kim berunding dengan semua barisan pelakon termasuk berpuluh-puluh Influencer sebenar Instagram dan YouTube bagi memastikan siri fiksyennya adalah benar dengan bagaimana rasanya menjadi terkenal di media sosial.
Bagaimanapun, pengarah Kim mendapati bahawa pengalaman watak-watak dalam drama siri itu kadangkala menggambarkan kehidupan sebenar para influencer yang mungkin tidak diketahui ramai.
Pengarah Kim juga menghantar hampir 30 pengguna Instagram dan YouTube dengan berjuta-juta pengikut menjadi “kameo” dalam siri ini. Dimana dengan maklumat yang ada, maka terciptalah satu siri “Celebrity” menggambarkan pengaruh yang sengit dan saling bersaing, isu yang berkaitan dengan iklan, pengaruh menjadi CEO syarikat, dan ini merupakan realiti sebenar kehidupan sebenar yang memang berlaku dikalangan influencer terkenal.
Adakah anda telah tonton siri ini? Jika anda adalah peminat genre thiriller misteri dengan tema seperti “Celebrity” ini, maka anda Wajib menjadikan siri ini dalam senarai tontonan anda!