A Good Day to Be a Dog kini boleh ditonton dan strim di Viu setiap hari Rabu!
Drama rom-com fantasi yang dibintangi oleh pelakon popular Cha Eun-woo dan Park Gyu-young ini menceritakan tentang Han Hae-na dan sumpahan keluarganya yang mengubahnya menjadi seekor anjing jika dia mencium seseorang.
Awas! Artikel ini mengandungi spoiler!
Hae-na (Park Gyu-young) berubah menjadi anjing selepas bercium dengan Jin Seo-won (Cha Eun-woo) dalam satu majlis.
Masih terperangkap dengan sumpahan kerana rancangannya untuk mencium kembali Jin Seo-won gagal, dia kemudiannya mendapati bahawa Seo-won sebenarnya takut dan trauma kepada anjing, ini menyukarkannya untuk mendekati Seo-won.
Hae-na meminta bantuan anak saudara Seo-won, Yul supaya dia boleh memasuki bilik Seo-won semasa dia sedang tidur agar dia dapat menciumnya bagi mematahkan sumpahan itu. Malangnya, sumpahan itu masih ada. Rupa-rupanya, Hae-na harus mencium Seo-won ketika dia dalam keadaan sedar bagi mematahkan sumpahan itu. Nampaknya usaha Hae-na semakin sukar.
Akhirnya Hae-na membuat keputusan untuk membantu Seo-won mengatasi ketakutannya terhadap anjing. Kedua-duanya menghabiskan masa bersama. Usaha Hae-na yang berterusan untuk mematahkan sumpahan telah membawa mereka berdua lebih dekat dan Seo-won mula menyimpan perasaan untuk Hae-na.
Setelah 4 episod ditayangkan, drama “A Good Day To Be A Dog” turut mempamerkan beberapa detik yang menyentuh hati hubungan antara Seo-won dan Hae-na. Daripada saling berpegangan tangan sambil berlari hinggalah babak dimana Hae-na melindungi Seo-won daripada seekor anjing, boleh membuatkan pencinta kdrama berbunga-bunga.