Pada 27 Oktober yang lalu, Cha Eunwoo telah datang ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk 1st Fanmeeting Tour ‘Just 10 minutes’ yang berlangsung di Menara PGRM, Cheras. Fanmeeting tersebut berlangsung selama 2 jam.
Ketika waktu pembukaan, Cha Eunwoo menonjolkan rupa beliau dengan berpakaian Hanbok lengkap seperti mana dia berlakon dalam cerita Rookie Historian Goo Hae Ryung dan dia juga mempersembahkan lagu ‘Remember Me’ iaitu lagu OST untuk drama tersebut.
Selama 2 jam tersebut, Cha Eunwoo bukan sahaja dapat memikat hati dan perhatian Fangirl, malah dia juga berjaya memikat hati Fanboy yang hadir pada hari tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan adalah jumlah Fanboy yang hadir fanmeeting tersebut adalah hampir sama dengan jumlah Fangirl. Wajah Cha Eunwoo sangat luar biasa dan kacak, beliau juga mempunyai wajah bercirikan watak anime.
Cha Eunwoo juga menyanyikan lagu Aizat Amdan yang berjudul “Sampai Ke Hari Tua”. Sebutan dan intonasinya tidak ada cacat cela dan tidak ada dengar slang “Korean”nya sangat. Suaranya sangat merdu dan lembut.
Admin pun hampir tertidur kerana berasa seperti sedang didodolkan oleh orang kacak haha. Bila lagi nak merasa macam ni kan, time ni jelah peluangnya .
Beliau juga cover lagu Justin Bieber, Love Yourself. Pada 1st part, dia ter”lepas” note dan salah intonasi tapi reaksinya pada masa itu sangat comel sehinggakan admin rasa nak cubit cubit je pipinya..alamakk
Cha Eunwoo juga seorang yang pantas belajar bahasa Melayu, dia juga memanggil Malaysian Aroha “Sayang” dan melafazkan “Sayang, aku cinta padamu” kepada Aroha yang hadir. MC juga mengajar beliau untuk menyebut “Boleh”.
Seperti yang kita tahu, setiap fanmeeting atau concert pasti akan ada Fanproject. Namun, fanproject tersebut berjaya dan menarik perhatian Cha Eunwoo sehinggakan dia melihat dengan teliti handbanner (fanproject untuk fanmeeting tersebut).
Di belakang handbanner tersebut, ada 4 bahasa berbeza, Hangul, Bahasa Melayu, English dan Bahasa Cina. Dia juga mengucapkan terima kasih atas effort yang diberikan dan dia sangat terharu.
Beliau juga berkata dia akan datang ke Malaysia bersama ahli kumpulannya (tidak tahulah adakah ianya untuk bercuti atau konsert, tapi harapnya konsertlah kan hahaha).
Last but not least, Cha Eunwoo juga memberikan nama timangan untuk Malaysian Aroha, iaitu “Langit” kerana langit kebiruan dan cerah ketika dia tiba di Malaysia, walaupun pada masa itu sudah bermulanya musim hujan.
Terima kasih Cha Eun Woo kerana datang ke Malaysia, semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang, MALAYSIA AROHA SAYANG KAMU