YouTuber Kagwang berdepan kritikan kerana didakwa mengganggu Chaeryeong ITZY semasa penerbangan.
Chaeryeong ITZY
YouTuber Kagwang
Kagwang sedang bersiaran langsung di dalam pesawat apabila Chaeryeong dilaporkan muncul, dan penontonnya mula memberitahunya dia berada dalam penerbangan yang sama.
YouTuber itu menyatakan, “Saya tidak kenal dia. Siapa Chaeryeong?” Menurut laporan, dia kemudian mula menyanyikan “DALLA DALLA” ITZY dan berpura-pura bercakap dengan founder JYP Entertainment iaitu J.Y. Park.
Baca lagi: Jeongyeon TWICE Menunjukkan Penurunan Berat Badannya Yang Mendadak
Baca lagi: 10 Kdrama Yang Paling Dinantikan Pada Mac 2023
Oleh sebab itu, ia telah menyebabkan Chaeryeong berasa tidak selesa dan menukar tempat duduknya. YouTuber itu juga dilaporkan cuba bercakap dengan Chaeryeong, tetapi dihalang oleh pengurusnya.
Netizen mengulas, “Ini gangguan,” “Kenapa awak berlagak seperti bercakap dengan J.Y. Park di telefon,” “Chaeryeong mesti terkejut tu,” “Bagus dia pindah tempat duduk,” “Anda tidak ada sopan santun,” “Anda sepatutnya senyap semasa penerbangan,” dan banyak lagi.
Sumber: [1]