Home Artis Korea Cheong San Akan Kembali dalam All Of Us Are Dead Musim ke-2?...

Cheong San Akan Kembali dalam All Of Us Are Dead Musim ke-2? Plot Cerita Mungkin Bertukar Lebih Gelap

0

Kemunculan semula Cheong San dalam All of Us Are Dead musim 2 nampaknya seolah-olah akan menjadi realiti, tetapi ramai peminat siri ini yang menjangkakan kemunculan semula watak ini bukanlah detik yang menggembirakan seperti yang diduga.

Walaupun kematian Cheong San kelihatan seperti pasti dan memang berlaku kerana dia terjatuh dari atas bumbung betul-betul sebelum seluruh kawasan dihujani bom dan semuanya hancur menjadi debu.

Mengapa kemungkinan besar Cheong San akan muncul dalam musim kedua siri ini? Pertama, mayat Cheong San tidak pernah ditunjukkan. Kedua, watak itu terlalu penting untuk tidak dimasukkan dalam musim kedua Kdrama Netflix. Akhir sekali, pelakon yang membawa watak Cheong San iaitu Yoon Chan-young adalah salah seorang pelakon yang disahkan akan membintangi siri ini dalam video pengumuman musim ke-2.

Penantian untuk All of Us Are Dead musim ke-2 diteruskan kerana nampaknya siri itu belum mempunyai tarikh tayangan rasmi lagi. Dengan mengandaikan Kdrama popular berdasarkan webtoon ini akan kembali pada tahun 2025 nanti, lebih tiga tahun sejak musim pertama. Oleh itu, peminat siri zombie ini mempunyai banyak masa untuk mencipta teori mengenai nasib Cheong-san. Walaupun ramai yang percaya bahawa watak Yoon Chan-young akan kembali, ramai juga yang menjangkakan kemunculannya akan menjurus kepada jalan cerita yang agak gelap.

1. Cheong-san Bertukar Menjadi Hambie Menjelaskan Sebab Mengapa Dia Belum Kembali (Cheong-san mungkin takut dia akan mencederakan rakan-rakannya)

Cheong san

All of Us Are Dead episod 12 menunjukkan tempoh selepas empat bulan wabak mereka, selepas itu watak yang masih hidup yang berada dalam kuarantin dibenarkan berjalan dengan bebas di kem tentera. Tidak mengambil masa lama sebelum On-jo dan yang lain-lain melarikan diri dari tempat kuarantin untuk mencari Nam-ram, yang telah menyalakan api di atas bumbung sekolah. Menariknya, Cheong-san tidak keluhatan di babak-babak akhir, walaupun selepas Nam-ra mendedahkan kewujudan hambie yang lain. On-jo juga mendapati bahawa tanda nama yang diberikannya kepada Cheong-san dikelilingi oleh debu dan abu kebakaran.

Ramai peminat All of Us Are Dead yang lain telah mengandaikan bahawa Cheong-san terselamat dan akan kembali akhirnya. Bagaimanapun, ini menimbulkan persoalan mengapa dia tidak pernah mendedahkan dirinya kepada rakan-rakannya sepanjang tempoh empat bulan ini. Jika Cheong-san masih hidup dan baik-baik sahaja, tidak ada sebab untuk dia tidak mencari kawan-kawannya melainkan dia telah bertukar menjadi hambie.

Cheong-san berkemungkinan besar akan mengelak daripada muncul di hadapan On-jo dan rakan-rakannya yang lain sebagai hambie kerana itu akan membahayakan keselamatan mereka jika dia masih tidak dapat mengawal kuasanya.

 

2. Cheong San Kembali Sebagai Hambie Akan Membuatkan Hubungannya Dengan On-jo Lebih Rumit (Mereka akan menjadi Nam-ra dan Su-hyeok yang baru)

44c93bd9 a65a 46b1 9f9f 74f673f0b7acPercintaan On-jo dan Cheong-san dalam All of Us Are Dead adalah salah satu plot utama bagi musim 1. Mereka telah berkawan selama bertahun-tahun, tetapi agak mengambil sedikit masa sebelum mereka berdua menyedari bahawa mereka menyukai antara satu sama lain. Cheong-san hanya menyatakan perasaannya terhadap On-jo dalam episod 11, sejurus sebelum dia terpaksa tinggal di belakang untuk melawan Gwi-nam. Kematian Cheong-san adalah tragis, tetapi kepulangannya juga mungkin boleh menjadi sangat pahit. Jika Cheong-san tidak dapat mengawal transformasi zombie dalam dirinya, dia dan On-jo tidak boleh bersama. Ini akan mencerminkan dinamik Nam-ra dan Su-hyeok dalam musim 1.

Nam-ra hampir menyerang Su-hyeok beberapa kali dalam All of Us Are Dead, termasuk pada penghujungnya apabila dia hampir membunuh On-jo. Hanya selepas menghabiskan empat bulan di tempat terbuka dengan hambie lain barulah Nam-ra belajar bagaimanakah cara mengawal kuasanya dan berasa selesa untuk bersatu semula dengan rakan-rakannya.

Itulah sebabnya ramai yang percaya bahawa kepulangan Cheong San dalam All of Us Are Dead pada mulanya tidak akan membuat situasi lebih menggembirakan tetapi mungkin jalan cerita akan menjadi lebih gelap. Lebih baik untuk Cheong San memerhatikan rakan-rakannya dari bayang-bayang kejauhan sehingga dia perlu mendedahkan dirinya untuk membantu mereka.

Baca lagi: Go Min Si Muncul Dalam 3 Karya Menarik Tahun Ini
Baca juga: Lee Joon Gi Bakal Membuat Penampilan Sulungnya di Malaysia pada September 2024