Pelakon Cho Jin Woong kemungkinan akan tampil sebagai pelakon utama dalam drama Korea terbaru “No Way Out”.
Cho Jin Woong dikhabarkan akan menggantikan tempat Lee Sun Kyun yang sebelumnya memutuskan untuk mengundurkan diri dari watak yang bakal dibintanginya dalam drama tersebut, rentetan kes penyalahgunaan dadah yang sedang menjerat namanya.
Memetik dari Soompi pada 30 Oktober 2023, wakil dari media hiburan Korea telah berkongsi bahawa pelakon Cho Jin Woong telah menerima tawaran untuk tampil sebagai pelakon utama dalam drama Korea ‘No Way Out’.
Menjawab kepada laporan tersebut pihak agensi yang menaungi pelakon Cho Jin Woong, Saram Entertainment, menyampaikan bahwa Cho Ji Woong memang telah menerima tawaran tersebut dan kini sedang mempertimbangkannya.
“Cho Jin Woong telah menerima tawaran casting untuk drama ‘No Way Out’ dan kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut,” jelas Saram Entertainment.
Cho Jin-woong terkenal dengan peranannya sebagai pengawal peribadi setia Sejong dalam Deep Rooted Tree (2011), perusuh dalam Nameless Gangster: Rules of the Time (2012), dan penjahat misteri dalam A Hard Day (2014). Dia juga mendapat pengiktirafan dan pujian untuk prestasinya sebagai detektif dalam siri televisyen Signal (2016).
Sementara itu, drama Korea ‘No Way Out’ merupakan drama Korea yang menceritakan kisah survival pertarungan sengit di antara mereka yang ingin membunuh dan mereka yang ingin bertahan hidup, di tengah-tengah situasi di mana hadiah wang bernilai 20 juta won menjadi habuan untuk membunuh seorang penjahat kejam yang dibebaskan dari penjara.
Apakah yang berlaku kepada Lee Sun Kyun?
Pelakon Lee Sun Kyun sebelumnya telah disahkan akan melakonkan karakter Baek Joon Sik, seorang pegawai polis yang melindungi warga negara dari penjahat kejam.
Namun, kerana kes penyalahgunaan dadah yang menyeret namanya baru-baru ini, dan di tengah proses soal siasat yang dilakukan oleh pihak berkuasa, Lee Sun Kyun memutuskan menarik diri dari drama ‘No Way Out’ secara sukarela.
Drama ‘No Way Out’ kini sedang dalam proses penggambaran, dan pihak produksi menerima keputusan Lee Sun Kyun secara terbuka untuk menarik diri dan digantikan dengan pelakon lainnya.
Ini kerana sudah tentu pihak produksi tidak akan dapat menunggu pelakon tersebut yang terkait dengan kes dadah, yang tentunya akan memakan masa yang cukup lama.
Khabar mengejutkan tentang kes penyalahgunaan dadah yang menjerat Lee Sun Kyun ini juga masih hangat menjadi bualan ramai dan juga menjadi sorotan pihak media di Korea Selatan. Selain Lee Sun Gyun, G-Dragon juga turut disoal siasat dan masih dalam penyiasatan pihak berkuasa. Namun, m idol tersebut menangkis dengan tegas tuduhan tersebut.