Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Choi Hyun Min Berjaya Bawa Watak Psikopat Kejam dalam Perfect Family, Sanggup...

Choi Hyun Min Berjaya Bawa Watak Psikopat Kejam dalam Perfect Family, Sanggup Membunuh Anak Sendiri

0

Dalam episod terbaru Perfect Family, Choi Hyun Min (Yoon Sang Hyun) dikepung oleh pasukan khas kerana menjadikan Choi Sun Hee (Park Joo Hyun) sebagai tahanan untuk mengugut dan memeras Choi Jin Hyuk (Kim Byung Chul).

Demi untuk menyelamatkan anak malang itu dari ayah kandungnya, Choi Jin Hyuk berusaha untuk mengalahkan Choi Hyun Min sendirian hingga jatuh ke laut bersamanya.

Kejahatan dan jenayah itu bukanlah kejahatan pertama Choi Hyun Min kepada keluarga Choi Jin Hyuk. Tiga belas tahun yang lalu, Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo (Yoon Se Ah) telah kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka kerana perbuatan Choi Hyun Min.

Pelakon berbakat besar Yoon Sang Hyun berjaya membawa watak Choi Hyun Min yang psiko dan jahat dengan sangat berkesan. Berikut ini adalah beberapa jenayah dan kejahatan yang dilakukan oleh Choi Hyun Min pada keluarga Choi Jin Hyuk pada masa lampau. Mari sama-sama kita lihat.

 

Choi hyun min1. Walau pendakwa raya telah melepaskannya dari hukuman undang-undang, Choi Hyun Min menyerang Choi Jin Hyuk yang mabuk dengan bantuan anak buahnya

 

945d8e28 1729 46a5 acd1 2817db590cec2. Untuk memerangkap keluarga Choi Jin Hyuk, Choi Hyun Min sengaja membuat alergi Choi Sun Hee berulang-ulang di depan mereka sehingga mereka merasa kasihan padanya

 

Choi hyun min3. Supaya kejahatannya sebagai penipu tidak terbongkar, Choi Hyun Min berpura-pura bekerja sebagai seorang ejen insuran di depan Choi Jin Hyuk dan keluarganya

 

7e940063 93d2 453c 99f9 b47d4505b8044. Untuk mendapatkan wang yang banyak, Choi Hyun-min pun menggelapkan dana insuran dari semua anggota keluarga dan rakan-rakan Choi Jin Hyuk di pejabat

 

1dbf2169 347b 4bc8 ac42 5ce3908513955. Oleh sebab dahulunya Choi Jin Hyuk memiliki nama yang sama dengannya, Choi Hyun-min mencuri identiti pendakwa raya itu dan menyalahgunakannya

 

c121b990 d5d3 4ac5 99b0 7fb123f29e7b6. Semasa dia merancang untuk membunuh Choi Sun Hee supaya dia boleh mengaut wang insuran nyawanya, Choi Hyun-min hendak menjadikan keluarga Choi Jin Hyuk sebagai saksinya

 

12f4234f 7698 4945 90f0 f701cbe762077. Oleh kerana tidak sanggup mengorbankan ibu dan anaknya, Choi Hyun-min memerangkap anak lelaki Choi Jin Hyuk dalam kebakaran untuk mendapatkan wang insuran

Selepas membunuh anak lelaki kandung mereka berbelas tahun lalu, Choi Hyun-min juga berusaha untuk merampas Choi Sun Hee dari Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo. Bagaimanakah nasib keluarga Choi Jin Hyuk seterusnya? Nantikan sambungan kisah mereka dalam Perfect Family ya!

Baca lagi: Kdrama Perfect Family Pamer Kejutan pada episod 9, Rating Meningkat Naik
Baca juga: Masihkah Anda Ingat Plot 7 Kdrama Tentang Detektif Polis, Penuh Misteri dan Mendebarkan Ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here