Home Entertainment Choi Jong Bum Diarahkan Membayar Ganti Rugi Kepada Keluarga Mendiang Hara Kerana...

Choi Jong Bum Diarahkan Membayar Ganti Rugi Kepada Keluarga Mendiang Hara Kerana Menyebabkan Kematian Idola Itu

0

Mahkamah memerintahkan bekas teman lelaki mendiang Hara, Choi Jong Bum membayar ganti rugi kepada keluarga mendiang Hara selepas mendapati ancamannya terhadap Hara adalah punca Hara mengambil nyawanya sendiri

Menurut undang-undang, pada 12 Oktober, hakim Park Min dari jabatan hal ehwal sivil bebas ke-9 Mahkamah Daerah Utara Seoul memerintahkan Choi Jong Bum membayar sejumlah 78 juta KRW (~RM255.4k) kepada keluarga Hara.Reports state Choi Jong Bum made Hara's label head kneel and apologize, netizens furious at judge who watched Hara's sex tape : r/kpop

Choi Jong Bum dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Agung pada Oktober 2020 atas tuduhan menyerang dan mengugut mendiang Hara.

Pendakwaraya selanjutnya mendakwa Choi Jong Bum kerana mengugut untuk menyebarkan rakaman peribadi Hara kepada orang ramai, kerana mengugut Hara serta bekas wakil agensinya untuk meminta maaf kepadanya, kerana merosakkan harta benda Hara, dan juga kerana melanggar undang-undang gangguan/serangan seksual digital.

Entertainment News | Goo Hara Left a Hand-Written Suicide Note Before Death, Did She Blame Ex-Boyfriend Choi Jong-Bum? | đŸŽ„ LatestLY

Dalam perbicaraan terbaru, mahkamah memutuskan bahawa tindakan Choi Jong Bum adalah salah, seperti serangan dan ugutan, menyebabkan kesakitan psikologi (mental) yang teruk kepada Hara, sehingga menyebabkan Hara membuat pilihan yang melampau.

Mahkamah menambah, “Nampaknya dia kehilangan harapan dan motivasi untuk masa depannya walaupun mencapai kejayaan besar kerana dia sudah memulakan kerjayanya sebagai selebriti di usia muda.”

Baca lagi: Peminat Tuntut Permohonan Maaf Dari Individu Yang Menuduh Crush Sebagai Rasis Selepas Video Baharu Ini Didedahkan

KARA: Solo Songs for All? – Seoulbeats

Dari Kiri: Gyuri, Jiyoung, Seungyeon, Hara & Nicole

Selain itu, mahkamah memutuskan bahawa Choi Jong Bum menyedari hakikat bahawa Goo Hara akan membuat keputusan di luar jangkaan tetapi dia memilih untuk meneruskan tindakannya yang menyalahi undang-undang itu.

Mahkamah memutuskan pada hari ini, “Memandangkan tindakan Choi Jong Bum dilihat punca Goo Hara membuat pilihan yang melampau, dia telah menyebabkan kesakitan psikologi yang agak besar kepada keluarga Cik Goo juga. Oleh itu dia harus membayar ganti rugi tersebut.”

Sumber: [1]