Pelakon ternama dari Korea Selatan iaitu Choi Won Young dan ahli kumpulan K-pop tersohor iKON iaitu June dikhabarkan bakal bergandingan dalam sebuh dara siri baru yang bertajuk Sparkling Watermelon.
Pada 7 Mac 2023, laporan-laporan dari pelbagai portal berita menulis tentang kemungkinan besar gandingan terbaru antara Choi Won Young dan June iKON akan menjadi kenyataan untuk sebuah drama siri yang akan datang iaitu Sparkling Watermelon.
Menurut laporan, nama mereka berdua telah berada dalam senarai akhir pihak produksi. Drama siri Korea Selatan itu bakal dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Ryeoun, Choi Hyun Wook, Yoo Joon Sang, Seol In Ah dan juga Shin Eun Soo.
Sparkling Watermelon akan menceritakan tentang kehidupan seorang remaja lelaki yang hidup dalam dua kehidupan berbeza. Remaja lelaki ini menjadi seorang pelajar contoh dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang anggota kumpulan muzik.
Terdapat juga kejutan sains fiksyen dalam penceritaan Sparkling Watermelon apabila remaja lelaki ini beralih masa dan akhirnya dapat berjumpa dengan bapanya sendiri yang berusia 18 tahun. Pada masa tersebut juga, remaja lelaki ini mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang penuh misteri.
Kdrama terbaru ini akan diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Song Jung Hyun yang pernah mengarahkan siri terkenal seperti Mental Coach Jega, Should We Kiss First? dan juga All About My Romance. Penulis untuk naskah drama siri ini ialah Jin Soo Wan yang juga turut bertanggungjawab dalam menjayakan siri-siri drama terbaik seperti Chicago Typewriter, Kill Me Heal Me dan Moon Embracing The Sun.
Kdrama Sparkling Watermelon ini dijadualkan bakal ditayangkan pada tahun ini juga, 2023.
Nampaknya drama siri ini menjadi drama siri kedua yang bakal tayang untuk June tahun ini. Bintang ternama dari kumpulan iCON ini dijadualkan muncul dalam debut pertama lakonannya menerusi Kdrama yang bakal tayang tidak lama lagi iaitu Bora! Deborah.
Debut pertama sebagai pelakon ini bakal menyaksikan June bergandingan dengan Yoo In Na, Yoon Hyun Min, Joo Sang Wook, salah seorang anggota Girls Day iaitu Park So Jin dan tidak ketinggalan juga salah sorang anggotan kumpulan 2PM iaitu Hwang Chan Sung.
June juga dikhabarkan akan berlakon dalam sebuah filem yang akan datang ke pawagam iaitu If I Die, I Do Once Again. Filem tersebut bakal menyaksikan Cho Byeong Kyu dan Han Seo Joon sebagai gandingan utama.
Baru-baru ini June dan kumpulannya iCON telah berpindah dari agensi YG Entertainment ke agensi baru iaitu 143 Entertainment. Selain melakukan aktiviti-aktiviti bintang idol, June kini aktif dalam dunia lakonan dan beberapa projek secara individu yang lain.
Sementara itu, Sparkling Watermelon adalah drama siri pertama lakonan Choi Won Yang untuk tahun ini. Pada tahun 2022, pelakon ini muncul dalam drama siri popular The Golden Spoon dan juga Under The Queen’s Umbrella.
Selain dari Sparkling Watermelon, pelakon berbakat besar ini juga bakal muncul dalam dua filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagam iaitu Past Lives dan juga The Land Of Happiness.
Choi Won Yang kini juga sibuk membintangi satu program yang bertajuk Europe Outside Your Tent: Spain bersama dengan Jo Jin Woong, Kwon Yool dan juga Park Myung Hoon.