Dalam drama Korea popular Queen of Tears, Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) selalu merasa tertekan dan tidak dihargai dalam hubungan perkahwinannya dengan Hong Hae In (Kim Ji Won). Akibatnya, cintanya wanita yang bergelar isterinya yang dulu sangat mekar perlahan-lahan makin pudar seiring dengan berjalannya waktu.
Namun, masih belum terlambat kerana keadaan masih berpihak pada Hong Hae In. Selepas disahkan menghidap penyakit kronik, Baek Hyun Woo telah kembali mencintainya. Apakah tanda-tanda Baek Hyun Woo mula kembali mencintai Hong Hae In? Mari kita lihat ulasan di bawah ini ya!
1. Sejak Hong Hae In disahkan sakit, Baek Hyun Woo yang telah biasa hidup di dunianya sendiri mula menunjukkan sikap prihatin dan tulus kepada isterinya
2. Walau Hong Hae In menganggap hubungan mereka hanya seperti rakan sekerja, Baek Hyun Woo selalu cemburu ketika melihatnya bersama Yoon Eun Sung
3. Jika sebelum ini mereka saling tertutup dan suka memendam perasaan masing-masing, kini Baek Hyun Woo mula bersikap terbuka kepada Hong Hae In
4. Selepas menyedari ketulusan cinta isterinya, Baek Hyun Woo rasa bersalah kerana dia pernah berhasrat dan berniat untuk menceraikan Hong Hae In
5. Oleh kerana dia takut kehilangan Hong Hae In, Baek Hyun Woo sanggup pergi ke gereja seorang diri hanya untuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan isteri kesayangannya
6. Walau telah mempunyai rancangan untuk bercuti dengan kawan-kawannya, Baek Hyun Woo sanggup membatalkan percutiannya demi untuk bersama dan menemani Hong Hae In menjalani rawatan di negara Jerman
7. Oleh kerana hubungan mereka telah beransur-ansur pulih dan semakin baik, Baek Hyun Woo telah mula melupakan hajat dan keinginannya untuk menceraikan Hong Hae In
Sementara itu, ketika Baek Hyun Woo sudah mula melupakan keinginannya untuk bercerai, Hong Hae In dan keluarganya pula baru mengetahui bahawa Baek Hyun Woo ingin menceraikan Hong Hae In. Bagaimanakah nasib Baek Hyun Woo seterusnya? Jangan lupa untuk menonton episod baru Queen of Tears yang akan datang ya!