Mungkin ada yang belum tahu sebenarnya ketika penglibatan mereka dalam drama fenomena Crash Landing On You,ramai penonton mengharapkan Ye Jin dan Hyun Bin berakhir sebagai pasangan sebenar.
Ehem! Jadi maknanya impian penonton dah menjadi kenyataan lah kan?
Percintaan mereka bukan hanya sekadar di skrin malah ia bertahan jauh di luar skrin. Kini, selepas bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta, kedua-duanya merasmikannya dengan mengikat tali pertunangan! Awwww tahniah guys!
1. Sebenarnya Hyun Bin dan Ye Jin bekerjasama but kali pertama adalah dalam filem thriller berjudul The Negotiation pada tahun 2018. Tapi waktu ni mesti ada yang tak perasan kan?
2. Hubungan cinta pasangan ini didedahkan oleh portal eksklusif korea, Dispatch pada tahun 2021 beserta dengan foto sebagai bukti.
3. Sebelum ini, Hyun Bin dan Ye Jin pernah digosipkan bercinta pada tahun 2018. Bagaimanapun mereka menafikan perkara itu.
4. Namun pada Januari 2019, pasangan in sekali lagi dilihat bersama ketika di Amerika. Pada sekitar Januari 2020, Hyun Bin dan Ye Jin digossipkan kembali sehingga ada desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.
Artikel Berkaitan: Son Ye Jin Secara Tidak Sengaja Membocorkan ‘Hint’ Tentang Perkahwinan Dia dan Hyun Bin?
Artikel Berkaitan: “Lama Saya Fikir Bagaimana Nak Kongsi Berita Penting Ini.”- Son Ye Jin Dan Hyun Bin Nak Kahwin
5. Peminat juga sering beranggapan bahawa pasangan sebenarnya memanq bercinta disebabkan keserasian mereka ketika berlakon memberikan vibes yang sangat sweet.
6. Klip video di belakang tabir Crash Landing on You juga merakamkan gelagat Hyun Bin gemar menyakat Ye Jin. Ehemmmmm sesuatu sangat kan?
7. Ye Jin juga mendedahkan bahawa Hyun Bin merupakan cinta pertamanya.
8. Ye Jin memaklumkan berita perkahwinannya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Posting itu juga disertakan dengan foto baju pengantin mini yang dipegang pelakon cantik ini.
9. Majlis perkahwinan Hyun Bin dan Ye Jin akan pada bulan Mac tertutup di sebuah lokasi rahsia di Seoul, Korea. Perkahwinan itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan baik.
Sumber: Gempak