Home K - Pop “Cinta Kau Bertepuk Sebelah Tangan,Roy…”- Rocky ASTRO ‘Syok Sendiri’ Selepas Park Bo...

“Cinta Kau Bertepuk Sebelah Tangan,Roy…”- Rocky ASTRO ‘Syok Sendiri’ Selepas Park Bo Yeon Nafi Mereka Jalin Hubungan

0

Di sana menanti, di sini ‘reject’!

Rocky ASTRO mengesahkan desas desus mengenai hubungan cinta antara dia dan pelakon, Park Bo Yeon adalah benar, tetapi pelakon itu menafikan yang dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Rocky…

Sebuah kenyataan daripada agensi Rocky, Fantagio, mengenai khabar angin itu yang bertebaran di laman sosial, Fantagio mengesahkan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta dan masih di peringkat ‘sedang mengenali satu sama lain.’

unnamed 1 1

“Rocky & Park Bo Yeon masih berada di peringkat mengenali satu sama lain, dan mereka menyimpan perasaan sesama sendiri.

Mereka berdua berkenalan di ‘Find Me If You Can’ dan mula rapat semenjak daripada itu. Park Bo Yeon turut terlibat dengan lagu-lagu yang dinyanyi kan oleh Rocky. Mereka mengesahkan perasaan mereka itu selepas bekerja bersama untuk beberapa kali.

Kami memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan ini disaat semua orang sedang berkabung, kami turut berdukacita. Untuk itu, kami meminta netizen untuk memahami situasi yang dihadapi oleh kami sekarang.”

unnamed 4

Manakala, agensi Park Bo Yeon, Management Koo menafikan kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka berdua hanya lah teman rapat.

“Mereka tu rapat sebab kerja bersama je, itu sahaja, tidak lebih daripada itu.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi Park Bo Yeon. Netizen membuat spekulasi bahawa mereka berdua sedang menjalin hubungan selepas kedua-dua nya dilihat keluar bersama untuk menonton muzikal The Three Musketeers. Rocky turut menulis lirik mengenai Park Bo Yeon dalam lagu solo nya, “S#1”.

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: Dunia Hiburan Kpop ‘Terhenti’ Seketika, YG Entertainment Antara Agensi Ambil Tindakan Drastik Hormati Tragedi Itaewon