Cinta tidak mengenal batas usia, seperti yang digambarkan dalam pelbagai filem Jepun yang mengetengahkan kisah hubungan berbeza usia.
Filem-filem Jepun ini bukan sekadar mengisahkan percintaan, tetapi juga menyajikan perjalanan emosi yang menyentuh hati, penuh cabaran, dan sarat makna. Dengan tema yang unik, setiap cerita memberikan perspektif baru tentang hubungan manusia dan makna cinta yang sebenar.
Filem cinta berbeza usia dari Jepun sering kali membawa pelbagai emosi yang mendalam dan sukar dilupakan. Dibawah ini adalah lapan pilihan filem Jepun yang harus ditonton bagi peminat kisah percintaan yang penuh dengan liku-liku dan kehangatan emosi.
1. DAYTIME SHOOTING STAR (2017)
Filem Jepun ini mengisahkan Suzume, seorang gadis desa yang berpindah ke Tokyo dan jatuh cinta dengan guru penjaganya, Shishio. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila rakan sekelasnya, Mamura, turut menyatakan perasaan terhadapnya. Kisah cinta pertama Suzume yang manis dan penuh dilema ini mendapat rating 7.9 di MyDramaList.
2. PARASITE IN LOVE (2021)
Mengangkat kisah unik, filem Jepun ini berkisar tentang Kengo Kosaka, seorang pemuda yang mengalami fobia terhadap kuman (mysophobia), dan Hijiri Sanagi, seorang pelajar sekolah menengah yang menghadapi ketakutan untuk diperhatikan (scopophobia). Takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dijangka, dan perlahan-lahan, cinta mula berputik di tengah kesukaran mereka. Filem ini mendapat rating 7.2 di MyDramaList.
3. KOU KOU KYOUSHI (2003)
Drama ini merupakan versi baru daripada filem asal yang ditayangkan pada tahun 1993 dengan tajuk yang sama. Ia mengisahkan hubungan yang rumit antara seorang guru dan pelajarnya di sekolah menengah. Walaupun latarnya sama, versi ini menampilkan watak dan konflik yang berbeza daripada versi asal. Dengan jalan cerita yang penuh drama, ia mendapat rating 7.2 di MyDramaList.
4. NARRATAGE (2017)
Filem Jepun ini mengikuti kisah Izumi Kudo, seorang pelajar universiti yang kembali bertemu dengan bekas gurunya, Takashi Hayama. Ketika kenangan masa lalu kembali menghantuinya, Izumi mula menyedari perasaan sebenar terhadap Takashi. Sarat dengan elemen nostalgia dan emosi, filem ini mendapat rating 6.8 di MyDramaList.
5. MY RAINY DAYS (2009)
Mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang mengalami trauma emosi, filem ini menggambarkan perjalanan hidupnya dalam membuka hati kepada cinta walaupun berdepan dengan kesukaran. Dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan, filem ini mendapat rating 7.9.
6. CLOSE RANGE LOVE (2014)
Filem Jepun ini menampilkan Yuni Kururugi, seorang pelajar cemerlang tetapi kurang mahir dalam berkomunikasi. Hubungannya dengan seorang guru bermula dengan kekok, namun lama-kelamaan berkembang menjadi satu perasaan yang lebih mendalam. Dengan rating 7.5 di MyDramaList.
7. MY TEACHER (2017)
Mengisahkan hubungan antara Kosaku Ito, seorang guru sejarah yang berprinsip, dan Hibiki Shimada, seorang pelajar yang naif, filem ini memaparkan dilema cinta mereka yang penuh konflik. Dengan rating 7.5 di MyDramaList, ia menawarkan kisah yang menarik.
8. AFTER THE RAIN (2018)
Filem ini membawa kisah Akira Tachibana, seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun, dan Masami Kondo, seorang pengurus restoran berusia 45 tahun. Walaupun perbezaan usia mereka ketara, hubungan mereka berkembang dengan cara yang penuh kelembutan dan kejujuran. Filem ini mendapat rating 7.4
Bagi pencinta filem yang menggemari kisah cinta yang unik dan penuh emosi, lapan pilihan filem Jepun ini pastinya memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Jangan lepaskan peluang untuk menontonnya!