Home Kdrama/Kmovie Claudia Kim Bawa Watak Paling Sweet dalam The Atypical Family

Claudia Kim Bawa Watak Paling Sweet dalam The Atypical Family

0

Buat anda para penonton setia drama Korea terbaru The Atypical Family, pasti anda tidak asing lagi dengan watak comel Bok Dong Hee yang dibawa oleh pelakon jelita Claudia Kim. Bok Dong Hee (Claudia Kim) adalah anak pertama keluarga Bok yang juga memiliki kuasa hebat luar biasa.

Keluarga Bok sendiri merupakan sebuah keluarga yang mempunyai kuasa istimewa yang diperolehi secara turun-temurun melalui warisan susur galur mereka. Bok Dong Hee (Claudia Kim) mempunyai kuasa luar biasa untuk terbang, bahkan semasa menjadi model, dia seakan-akan berjalan sambil terbang kerana tubuhnya yang begitu ringan.

IMG 5621

Tetapi perubahan gaya hidup membuatkan Dong Hee (Claudia Kim) menderita obesiti, akibatnya, dia tidak boleh menggunakan kuasa istimewanya itu lagi. Walau kadang kala watak Dong Hee ini agak menyakitkan hati, tetapi wanita ini mempunyai sisi baik dalam dirinya.

Mari sama-sama kita lihat sikap baik hati Bok Dong Hee (Claudia Kim) dalam drama The Atypical Family seperti dibawah ini.

 

 

IMG 56191. Bok Dong Hee tahu bahawa keadaannya tidak lagi sama seperti dahulu, dia menerima semua itu dengan hati yang lapang

 

IMG 5625

2. Semasa melihat kekasihnya berlaku curang, Dong Hee menyedari bahawa dirinya sendiri juga perlu dipersalahkan, hubungan mereka berantakan kerana mereka berdua sama-sama saling berbuat salah

 

 

 

IMG 56223. Dia sangat tenang dan berusaha untuk tidak terlalu mengikut emosi, satu-satunya cara yang dapat Dong Hee lakukan adalah dengan berubah menjadi lebih baik

 

 

 

IMG 56254. Sejak hatinya kecewa, Dong Hee mula belajar untuk hidup lebih baik dengan menjaga pola makan dan juga bersenam

 

 

 

358cc161 391a 4b5c a5bf 7a4fdabc54b8 15. Kini Dong Hee berani menghadapi cabaran dan keluar dari zon selesanya dan sedikit demi sedikit melupakan gaya hidupnya selama ini

 

 

 

Claudia kim6. Tidak melampiaskan kemarahan dan emosinya pada orang lain, Dong Hee lebih memilih untuk bersikap elegan dengan berlalu pergi begitu sahaja

 

 

 

71d1e8ad 1a89 4d65 9875 9f9d1cf25d8e7. Ketika dia tidak menyukai seseorang, Dong Hee tetap akan bersikap baik daripada menunjukkan rasa tidak puas hatinya

Bok Dong Hee menyedari bahawa dia telah banyak berubah, maka dia tidak boleh menyalahkan orang lain atas sikap mereka. Walau kadang kala perangainya menyakitkan mata, Dong Hee selalu berlapang dada dan tidak melakukan tindakan ekstrem. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton aksi Bok Dong Hee dalam drama Korea The Atypical Family di Netflix, Sabtu-Ahad ya!

Baca lagi: The Atypical Family, 6 Perkara Menarik Tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa
Baca juga: 4 Drama Korea Tentang Keluarga yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa, Fantasi Penuh Aksi