Seorang wanita yang bernama Halimah dan bekerja sebagai cleaner di sebuah lapangan terbang terkejut, di mana beliau menjumpai satu dompet tercicir yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta). Dompet itu ditemui ketika wanita ini sedang menjalankan tugas.
Petugas wanita ini jumpa dompet yang berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E di lapangan terbang berkenaan.
Tanpa beliau memeriksa isi kandungan dan jumlah duit yang tersimpan dalam dompet tersebut, dia terus membuat aduan atas penemuan itu kepada pegawai bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC)
(Gambar hiasan)
Baca lagi: ‘Auntie’ Buat Hal, Degil Cop Parking Tak Bagi Kereta Masuk Di Pulau Pinang Tarik Perhatian Netizen
Baca lagi: “Kemain Dekat Lagi Yee Dia Record”-Ular Dalam Bilik Air Tarik Perhatian Netizen
Lihat juga video dibawah:
Apabila pegawai AVSEC melakukan pemeriksaan terhadap dompet tersebut, mereka terkejut apabila mendapati dalam dompet itu terdapat empat buku bank, sebuah pasportdan cek yang bernilai 35.5 bilion (RM10.4 juta).
“Besar ataupun kecil nilai barang yang ditemui, ia tetap bukan milik kita. Sudah jadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang untuk melaporkan”-kata Halimah
Kejujuran Halimah mendapat pujian daripada orang ramai dan dia juga mendapat penghargaan daripada PT Angkasa Pura Solusi yang kagum dengan kejujurannya.
Pihak PT Angkasa Pura Solusi kemudian memberikan kenaikan pangkat kepada Halimah yang kini memegang jawatan supervisor. Mereka juga berharap semoga kisah Halimah ini boleh dijadikan inspirasi atau ‘role model’ untuk pekerja-pekerja yang lain.
Apa yang boleh dilihat dalam kisah ini, Halimah yang hanya bekerja sebagai pembersihan di Lapangan Terbang turut mampu menjadi orang yang jujur dan menyelesaikan masalah dengan segera. Serta sikapnya juga patut dicontohi kepada orang ramai untuk berbuat baik kepada orang lain walaupun tidak dikenali.
PERHATIAN: Pihak Deabaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang