Home Video Cleaner Jumpa Duit Sebanyak RM10.4 Juta Di Airport, Sekali Tindakannya Buat Ramai...

Cleaner Jumpa Duit Sebanyak RM10.4 Juta Di Airport, Sekali Tindakannya Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Seorang wanita yang dikenali sebagai Halimah merupakan seorang pekerja jawatan cleaner di sebuah lapangan terbang. Beliau terkejut apabila menemui satu dompet yang tercicir berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 Juta). Dompet itu ditemui ketika wanita ini sedang menjalankan tugas.

Petugas wanita ini jumpa dompet yang berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E di lapangan terbang berkenaan.

Tanpa beliau memeriksa isi kandungan dan jumlah duit yang tersimpan dalam dompet tersebut, dia terus membuat aduan atas penemuan itu kepada pegawai bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC).

Screenshot 2023 08 03 145228
(Gambar hiasan)

Baca lagi: Suami Kantoi Curang Di Airport, Sekali Tindakan Si Isteri Pula Buat Ramai Yang Sokong

Baca lagi: Lelaki Menyamar Jadi Pengemis, Netizen Dinasihatkan Supaya Tidak Terpedaya Dgn Cara Berpakaian

Lihat juga video dibawah:

Apabila pegawai AVSEC melakukan pemeriksaan terhadap dompet tersebut, mereka terkejut apabila mendapati dalam dompet itu terdapat empat buku bank, sebuah passport dan cek yang bernillai 35.5 bilion (RM10.4 juta).

“Besar ataupun kecil nilai yang ditemui, ia tetap bukan milik kita. Sudah menjadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang untuk melaporkan”

Screenshot 2023 08 03 145142

Kejujuran Halimah mendapat pujian daripada orang ramai dan dia juga mendapat penghargaan PT Angkasa Pura Solusi yang kagum dengan kejujurannya.

Pihak PT Angkasa Pura Solusi kemudian memberikan kenaikan pangkat kepada Halimah yang kini memegang jawatan supervisor. Mereka juga berharap semoga kisah Halimah ini boleh dijadikan inspirasi atau ‘role model’ untuk pekerja-pekerja yang lain.

Screenshot 2023 08 03 145158

Apa yang boleh dilihat dalam kisah ini, Halimah yang hanya bekerja sebagai pembersihan di Lapangan Terbang turut mampu menjadi orang yang jujur dan menyelesaikan masalah dengan segera. Serta sikapnya juga patut dicontohi kepada orang ramai untuk berbuat baik kepada orang lain walaupun tidak dikenali.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang