Sebut sahaja penguin, pasti ramai terbayang kecomelannya. Badannya yang putih dan gebu tu pasti buat ramai nak bela. Tapi Malaysia panas, kita mampu tengok dalam Youtube jela..
Tapi tahukah anda, sebenarnya daging penguin halal dimakan?
Datuk Seri Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, Daging penguin adalah halal dimakan oleh umat Islam kerana binatang itu termasuk dalam kategori burung air. Tambahnya, penguin juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan sebagaimana dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
“Rasulullah SAW melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam..”
BACA LAGI : Bapa Terpaksa Beri Duit Belanja RM30 Sebulan, Untuk Makan Minum Anak Di Universiti Buat Ramai Yang Sebak
BACA LAGI : Hidang Kari Kepala Ikan ‘Pakej’ Mata Kail, Respon Pihak Restoran Pula Buat Ramai Tak Puas Hati
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat, semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya.
Katanya lagi, Imam al-Ghazali ada menyebut bahawa semua burung air itu hukumnya adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram.
Jadi kalau korang pergi ke Antartica tu boleh laa cuba makan daging penguin. Katanya boleh tahan sedap..