Home Kdrama/Kmovie Baru Ditayangkan, “Connection” Drama Baru Angkat Genre Jenayah Thriller dan Penyiasatan

Baru Ditayangkan, “Connection” Drama Baru Angkat Genre Jenayah Thriller dan Penyiasatan

0

Drama Korea dengan genre jenayah thriller masih jadi salah satu drama tontonan kegemaran penonton. Terbaru, ada drama jenayah thriller bertajuk Connection yang ditayangkan di SBS dan dibintangi oleh Ji Sung.

Cerita yang diangkat sangat menarik dan sangat segar. Berikut dibawah ini adalah sinopsis drama terbaru Connection. Bakal menjadi drama hangat yang anda tunggu-tunggu setiap minggu!

 

1. Sinopsis Connection

ConnectionDrama Korea Connection mengisahkan tentang Jang Jae Kyeong (Ji Sung) sebagai seorang detektif di Unit Pencegahan Dadah Balai Polis Anhyeon. Dia memilih untuk menjaga jarak dari orang sekitar kerana dia takut dia akan menimbulkan masalah kerana kes yang diuruskan olehnya.

Hingga akhirnya, Jang Jae Kyeong terperangkap dan dia ketagihan dadah selepas kematian sahabatnya. Kematian tersebut menjadi petunjuk untuk mengungkap sisi gelap dalam persahabatannya selama 20 tahun.

60bfcb55 f6d7 4945 984b 127c7c02efddJang Jae Kyeong kemudian terlibat dalam kerjasama secara tidak langsung dengan Oh Yoon Jin, seorang wartawan berita tempatan dari Surat Khabar Harian Ekonomi Anhyeon. Kedua-dua mereka lalu mengungkapkan kes rasuah di bandar Anhyeon.

 

2. Senarai pelakon drama Connection

dc57a7d4 4c8a 4f81 b264 9db5e1fadb1fKim Moon Kyo mengarahkan dan menggarap drama Korea Connection dan penulis skrip terkenal Lee Hyun. Selain itu drama yang baru sahaja ditayangkan ini turut dibintangi oleh beberapa orang pelakon yang terkena seperti Ji Sung.

Ji Sung atau nama sebenar Kwak Tae-geun ialah seorang pelakon lelaki Korea Selatan yang sangat popular. Pelakon ini terkenal dengan lakonannya di dalam All In (2003), Save the Last Dance For Me (2004), New Heart (2007), Protect the Boss (2011), My PS Partner (2012), Secret Love (2013), Kill Me, Heal Me (2015) dan The Devil Judge (2021).

Berikut ini adalah senarai para pelakon drama Connection.

● Ji Sung sebagai Jang Jae Kyeong
● Jeon Mi Do sebagai Oh Yoon Jin
● Jung Jae Kwang sebagai Kim Chang Soo
● Kwon Yool sebagai Park Tae Jin
● Kim Kyung Nam sebagai Won Jong Soo
● Jung Yoo Min

 

3. Drama Connection Kini Sudah Ditayangkan!

ConnectionSebelum ini ramai dan peminat dan penonton yang sudah tidak sabar mahu menyaksikan penampilan Ji Sung dalam drama Korea yang membawa genre crime thriller ini. Berita baiknya, drama yang anda nanti-nantikan ini sudah mula ditayangkan di SBS pada 24 Mei 2024. Sudahkah anda menonton episod perdana drama ini?

Baca lagi: 10 Watak Lelaki Idaman Dalam Drama Korea 2024, Buat Penonton Jatuh Cinta
Baca juga: Ji Sung Akui Sukar Bawa Watak Detektif Penagih Dadah dalam Kdrama Baru “Connection”