Home News Cristiano Ronaldo Mendapat Pampasan

Cristiano Ronaldo Mendapat Pampasan

0

Hakim Daerah Amerika Syarikat telah mengarahkan peguambela kepada Kathryn Mayorga iaitu Leslie Stoval untuk membayar balik sejumlah $334,637.50 USD kepada bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo.

Pihak mahkamah berpendapat Leslie Stoval patut membayar duit tersebut kepada Cristiano Ronaldo kerana kerana peguam tersebut didapati telah menganiya Cristiano Ronaldo dengan mengamalkan perkara kejahatan sewaktu sedang membela anak guamnya bagi tujuan untuk mengenakan dan menganiaya Cristiano Ronaldo.

CEAEECC1 8D08 4763 A8FF 8CC03D5C8BB7

Pasukan peguambela Cristiano Ronaldo mencuba untuk meminta pampasan yang jauh lebih banyak tetapi hakim Jennifer Dorsey berpendapat Cristiano Ronaldo dan pasukan peguamnya telah mengheret tempoh masa yang cukup lama untuk kes ini dan perkara tersebut adalah tidak sepatutnya berlaku.

Kathryn Mayorga melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo telah melakukan jenayah rogol ke atasnya pada tahun 2009, waktu itu Cristiano Ronaldo baru sahaja berpindah dari Manchester United ke kelab gergasi Real Madrid.

Kejutan diterima setahun kemudian apabila Kathryn Mayorga menarik balik laporan tersebut. Kes rogol ini bagaikan dilupakan buat sementara waktu namun kembali muncul dan menggegar dunia pada tahun 2018 setelah bekas top model Amerika Syarikat itu membuka kembali kes ini kerana dia mendakwa masih merasa trauma.

Ronaldo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kes rogol tersebut dan bintang bola sepak itu menegaskan bahawa rogol adalah kejahatan yang keji dan bertentangan dengan prinsip hidupnya. Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa apa sahaja yang berlaku antara dia dan Kathryn Mayorga adalah atas dasar suka sama suka dan dia tidak pernah memaksa Kathryn Mayorga melakukan perkara yang tidak disukainya.

01D9E3E3 C6D0 4B8A AF8A 900EF90411E1 7EAB1755 55FD 4601 A512 4DE089CB8FBC

Pada bulan Julai 2022 Hakim Jennifer Dorsey meggugurkan tuduhan terhadap Cristiano Ronaldo dengan alasan peguambela Kathryn Mayorga iaitu Leslie Stoval telah melakukan kerja-kerja peguam secara tidak beretika dan membuat laporan berdasarkan bukti dari dokumen yang dicuri.

Majalah mingguan dari negara Jerman iaitu Der Spiegel, telah melaporkan bahawa Kathryn Mayorga telah bersetuju untuk menerima pampasan penyelesaian tanpa melibatkan perbicaraan mahkamah setelah Cristiano Ronaldo bersetuju untuk membayar sejumlah wang bernilai $375,000 USD.

Bayaran tersebut adalah sebagai pampasan untuk menutup mulut dan supaya kes ini tidak perlu diperbesarkan dan melibatkan mahkamah. Walaubagaimanapun, Kathryn Mayorga mungkir janji dan membuka semula kes pada tahun 2018.

6FC76318 A199 4AFC A124 1E5303A556C9

Akhirnya kes tersebut digugurkan tanpa prejudis yang bermakna Kathryn Mayorga tidak boleh lagi membuat sebarang rayuan dan membuka semula kes ini. Akhirnya pemain bola sepak Portugal tersebut mendapat keadilan apabila pihak hakim mengarahkan peguam Kathryn Mayorga membayar semula yuran guaman yang telah dikeluarkan oleh Cristiano Ronaldo yang berjumlah melebihi $300,000 USD.

Baca Lagi: Rodtang The Iron Man Mengakhiri Zaman Bujang

Baca Juga: Terkini Bruce Willis Sah Menghidap Demensia