Selain daripada menjadi seorang pemain bola sepak yang cemerlang dan disanjung ramai, Cristiano Ronaldo juga dikenali sebagai seorang lelaki yang amat-amat mementingkan keluarga.
Kasih sayangnya terhadap anak-anak terutamanya sering ditunjukkan kepada umum tanpa berselindung. Pemain bola sepak tersohor ini memiliki 5 orang cahaya mata, sepatutnya dia telah memiliki 6 orang anak kesemuanya tetapi malang tidak berbau apabila salah seorang anaknya meninggal dunia ketika dilahirkan.
Pada awal tahun 2022 Cristiano Ronaldo menghadapi saat getir dan paling perit apabila kehilangan bayi tersayang. Kematian bayi yang yang sudah lama ditunggu-tunggu ini bukan sahaja memberi kesan mendalam ke atas diri Cristiano Ronaldo sendiri, malahan turut memberi kesan kepada teman hidupnya dan juga anak-anaknya yang lain.
Pada tahun 2021, teman wanita Cristiano Ronaldo iaitu Georgina Rogriguez memberi khabar gembira apabila mendapati dirinya hadir dengan anak kembar. Pasangan kekasih ini dijangka bakal menyambut sepasang kembar, seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.
Malang tidak berbau apabila sewaktu proses kelahiran, bayi lelaki mereka tidak dapat diselamatkan dan telah disahkan meninggal dunia. Bayi lelaki tersebut diberi nama Angel, manakala kembarnya yang dilahirkan sihat walafiat diberi nama Bella.
Ronaldo menyatakan bahawa saat kehilangan bayinya itu adalah antara momen paling menyedihkan yang pernah dilalui olehnya setelah ayahnya meninggal dunia. Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya merasa terlalu sedih dan tertekan akibat kematian Angel, mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Perasaan mereka ketika itu bercampur baur antara merasa bahagia mendapat Bella dan merasa sedih atas kematian Angel.
Dalam satu wawancara, pemain bola sepak itu mengakui bahawa sukar untuk dia melupakan kesedihan akibat kematian anaknya tersebut. Dia memberitahu bahawa dia bukan orang yang mudah melepaskan dan melupakan orang-orang yang disayanginya.
Bapa kepada bintang terkenal ini iaitu Jose telah menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 2005, Cristiano Ronaldo menyimpan abu mayat bapanya di dalam rumah kediamannya bagi merasakan kehadiran bapa tersayang dalam kehidupannya sehari-hari. Cristiano Ronaldo yang tidak dapat melupakan bayinya yang meninggal dunia juga turut menyimpan abu mayat bayinya tersebut di kediaman mewahnya.
Cristiano Ronaldo percaya bahawa orang-orang kesayangan yang telah meninggal dunia tidak pernah meninggalkan dirinya. Dia merasakan kehadiran bapa dan bayinya berada di sisi setiap kali dia menghadapi saat-saat sukar dalam hidup. Kehadiran mereka membuatkan Cristiano Ronaldo berasa lebih tenang dan damai dan mampu menjalani hidup dengan lebih sempurna.
Baca Lagi: Madonna Kelihatan Muda Remaja Di Anugerah Grammy Ke-65
Baca Juga: Antara Pasangan Suami isteri Hollywood Yang Kekal Hingga Kini