Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok shiraatajudin, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai beliau diekori pakcik ketika berada di sebuah pasaraya bersama suami dan anak-anaknya. Dikatakan wanita ini, bahawa beliau mendapat firasat diekori oleh seseorang dan di mana sahaja beliau pergi disitu ada individu tersebut, serta melihat pakcik itu seperti mengambil gambarnya.
Oleh itu, wanita ini memberitahu suaminya bahawa beliau tidak sedap hati kerana melihat pakcik tersebut sering berada di sekelilingnya.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan disebabkan itulah ramai wanita mengandung ditegur untuk memakai pakaian yang ‘elok’ ketika keluar daripada rumah. Ada juga yang mengatakan tindakan pakcik tersebut sememangnya berlebihan dan meminta beliau membuat aduan kepada polis serta mengambil tindakan terhadap individu berkenaan, kerana ianya merupakan salah satu gangguan seksual.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 301.3K penonton, 7285 sukaan dan 640 komen.
Baca lagi: Lagi Kes Panjang Tangan Di Mall, Lelaki Dirakam Cuba Mencuri Barangan Vendor
Baca lagi: Lelaki Terkilan Anak Tak Datang Tuntut Jenazah Ibu, Lihat Apa Respon Beliau
Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini diekori pakcik tersebut:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@kakbidanpro: masaalahnya..dia pun pregnant jg..knapa dia x tgok perut dia sendiri
@AISY: tu mak sye selalu pesan time mengandung kene pakai baju yg elok…kalau boleh tudung biar tutup Dada..kadang tegok ngandung pun boleh bernafsu..pelik2
@mala_karim: mmg ada ya lelaki yg obses tgk pempuan pregnant. taktau la nafsu apa ntah.
@CikNaaa__: aku penah tegur pasal ibu mengandung suka post gambar perut. last² aku kene hentam balik “jeles lah tu sebab takpenah mengandung”
@.: klu pp mengandung kene pakai baju besar… biar tk nmpk bentuk badan
@Umisulaiman: Benda paling takut time pregnant. Baju kalau boleh besa . Memang nk besa lagi bagi tak nampal perut . Seram betul atok ni
@wolfie: takutnya, aku ingat mengandung ni takde siapa bernafsu tgk. yela dok boyot kan. sekali adaaaaa org pelik2 ni
@Pe…m@ lu : kot dia nak tgk ada persamaan tak perut dia dgn perut org ngandung kot tu,ish cam2 hal manusia skrg ni, hati2 je la
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram