Home Artis Korea D.O EXO dan 9 Filem Menarik Yang Dibintanginya

D.O EXO dan 9 Filem Menarik Yang Dibintanginya

0

D.O EXO bukan lagi anak seni baru yang perlu diperkenalkan dalam dunia hiburan dan lakonan di Korea Selatan. Walaupun memulakan debutnya sebagai bintang idol, bakat lakonannya juga tidak kurang hebatnya dan nampaknya lebih memukau dari suaranya.

Bahkan anggota kumpulan EXO ini selalu mendapat pujian dalam setiap projek drama atau filem lakonannya. Kali ini filem terbaru yang dibintanginya ditayangkan di layar perak iaitu The Moon, filem ini ditayangkan pada bulan Ogos 2023. Filem yang menceritakan tentang seorang angkasawan yang terdampar di bulan ini juga turut dibintangi oleh pelakon senior seperti Kim Hee Ae dan juga Sul Kyung Gu.

Sebelum ini, D.O EXO juga sudah banyak membintangi berbagai-bagai filem layar perak yang juga terkenal.

 

D.O EXO1. Cart (2014)

Cart merupakan debut D.O EXO di layar perak. Filem ini menceritakan tentang pekerja kontrak yang sebahagian besarnya adalah pekerja wanita yang tiba-tiba diberhentikan dan cuba untuk melawan eksploitasi syarikat. Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini mengangkat isu wanita yang sukar mendapat pekerjaan sepenuh masa di Korea Selatan.

Dalam filem ini, D.O membawa watak sebagai Taeyoung, anak kepada salah seorang pekerja kontrak yang memperjuangkan haknya. Melalui filem Cart, D.O dicalonkan sebagai pelakon baru terbaik di Asian Film Awards ke-9. Bukan hanya itu, dia juga menyumbangkan suaranya menerusi lagu Scream yang menjadi soundtrack filem tersebut.

 

27119936 29e5 4610 8b48 c43205268ea02. Unforgettable (2016)

Unforgettable atau Pure Love adalah filem pertama D.O sebagai pelakon utama. Dia bergandingan dengan salah seorang pelakon wanita muda berbakat iaitu Kim So Hyun. Filem ini menceritakan tentang seorang penyampai radio yang membaca sepucuk surat yang mengandungi tentang kisah persahabatan dan cinta pertama pada tahun 1991.

Ramai penonton yang mengaku bahawa mereka menangis saat menonton filem yang bergenre romantik, drama, dan persahabatan ini. D.O juga berjaya meraih anugerah sebagai Pelakon Lelaki Paling Popular untuk kategori filem di Baeksang Arts Awards ke-52.

 

1a5ddb35 00d0 47b2 ae2b de3437db36d43. My Annoying Brother (2016)

Ini merupakan sebuah filem D.O EXO yang turut menjadi perhatian pada tahun 2016. Dibintangi juga oleh Jo Jung Suk dan Park Shin Hye, film My Annoying Brother berjaya meraih satu juta penonton dalam empat hari tayangan dan juga berada di puncak box office tempatan. Ditayangkan pada 23 November 2016, filem ini juga berjaya meraih 3 juta penonton di pertengahan Disember 2016.

Dalam filem ini, D.O membawa watak sebagai Goo Do Young, atlet judo yang hilang penglihatannya secara kekal kerana cedera dan dia mempunyai seorang abang, Doo Shik (Jo Jung Suk) yang mencari kesempatan untuk keluar penjara dengan keadaan adiknya yang kritikal tersebut. D.O dan Jo Jung Suk berduet untuk mengisi soundtrack filem ini yang berjudul Don’t Worry.

 

12e92d5f 4f2e 4c6e 8427 f193259a48654. Room No. 7 (2017)

Room No.7 adalah filem thriller komedi yang dibintangi oleh D.O EXO dan juga Shin Ha Kyun. Filem ini menceritakan tentang seorang pekerja sambilan di kedai DVD iaitu Taejung (D.O EXO) dan pemilik kedai, Doo Shik (Shin Ha Kyun) yang tidak sengaja menemui mayat dalam ruangan DVD. Kerana ingin menjual dengan cepat, pemilik kedai menyembunyikan rahsia tersebut.

Filem kedua karya Lee Yong Seun ini pertama kali ditayangkan di Cannes Film Festival pada tahun 2017 dan melancarkan world premier pada Bucheon International Fantastic Film Festival ke-21. Di hari penayangannya di pawagam tempatan, filem ini berjaya menduduki tempat pertama.

 

fd1838f4 22cb 4a3a b76d 4a65ba2879ad5. Along with the Gods: The Two Worlds (2017)

Along with the Gods: The Two Worlds menjadi salah sebuah filem paling berjaya untuk industri filem Korea Selatan. Diarahkan oleh Kim Yong Hwa, ternyata filem ini diadaptasi dari webtoon yang bertajuk Along with the Gods. Filem ini dibintangi oleh nama-nama yang tidak asing bagi peminat KMovie seperti Ha Jung Woo, Cha Tae Hyun, Ju Ji Hoon, Kim Hyang Gi, dan juga D.O EXO. Walaupun hanya menjadi pelakon pembantu dalam filem ini, D.O membawa watak sebagai Won Dong Yeon.

 

da722947 326a 488f a2b1 3347164faefd6. Along with the Gods: The Last 49 Days (2018)

Filem kedua Along with the Gods, Along with the Gods: The Last 49 Days ditayangkan pada tahun 1 Ogos 2018. Sama hebat dengan filem pertamanya, filem kedua Along with the Gods berjaya memecahkan rekod penjualan tiket pre-sale tertinggi dalam sejarah box office Korea Selatan. Selain itu, filem ini juga mendapat sekitar 1,263,788 penonton pada hari pertama penayangannya!

 

7d2e9652 2659 4fe8 9603 fb5f607fdd747. Swing Kids (2017)

Filem yang membawa genre drama muzikal ini diinspirasikan dari muzikal korea iaitu Roh Ki Soo. Dalam filem Swing Kids, D.O EXO membawa watak sebagai Roh Ki Soo, seorang tentera Korea Utara yang membelot yang jatuh cinta dengan tarian tap setelah bertemu Jackson (Jared Grimes), seorang lelaki Amerika dan bekas bintang Broadway. Swing Kids ditayangkan di 23 negara.

Untuk promosi filem ini, D.O bersama dua pelakon lain iaitu Oh Jung Se dan Park Hye Su mempersembahkan pertunjukan tarian tap bersama penari profesional lain. Swing Kids juga ditayangkan pada PyeongChang International Peace Film Festival pertama pada 18 Ogos 2019.

 

23d2b739 9e28 44f8 abf3 aeb119f23b0d8. Underdog (2019)

Underdogs adalah filem yang menceritakan tentang perjalanan anjing yang dibuang dan diabaikan. D.O EXO menjadi pengisi suara untuk watak utamanya iaitu Moongchi. Selain D.O, Park So Dam dan Park Chul Min juga turut menjadi pengisi suara dalam filem tersebut.

Sebelum tayang di pawagam, filem ini menjadi film pembuka Bucheon International Fantastic Film Festival ke-22 yang diadakan pada bulan Julai 2018. Bahkan pada festival filem tersebut, tiketnya habis terjual dalam masa 9 saat saja. Selain itu, filem ini juga dipilih untuk ditayangkan di Korea Utara sebagai aksi pertama dari program pertukaran filem Korea Selatan-Korea Utara.

 

be30eec9 a61d 4998 8662 cf9f7cbfdb2a9. The Moon (2023)

Dibintangi oleh D.O EXO, Kim Hee Ae dan Sul Kyung Gu, The Moon mula ditayangkan di Korea Selatan pada 2 Ogos 2023. Dalam filem ini, D.O menjadi seorang angkasawan yang terdampar di bulan sendirian sewaktu dia menyelesaikan sebuah misi. Filem ini diarahkan oleh Kim Yong Hwa yang juga pernah menjadi pengarah untuk filem Along with The Gods.

Lakonan Do Kyung Soo atau lebih dikenali dengan nama D.O EXO memang tidak pernah mengecewakan untuk setiap filemnya. Tambahan pula dia memulakan debut sebagai seorang bintang idol sebelum terjun ke dunia lakonan.

Filem D.O EXO manakah yanga anda paling minati?

 

Baca lagi: The Moon Filem Terbaru Korea, D.O EXO Terdampar Di Bulan
Baca juga: Adaptasi Webtoon “Mask Girl” Tayang Serentak 7 Episod Penuh, 18 Ogos 2023 di Netflix, Menampilkan Nana