Home Entertainment D.P. Musim 2, 11 Artis Korea Muncul Sebagai Cameo

D.P. Musim 2, 11 Artis Korea Muncul Sebagai Cameo

0

Drama siri D.P. musim 2 baru sahaja ditayangkan untuk meneruskan kisah musim pertamanya yang tayang pada tahun 2021.

Drama siri tersebut menceritakan tentang unit D.P. yang menangkap para tentera yang lari sewaktu menjalani latihan wajib ketenteraan. Drama siri ini fokus kepada aksi An Jun Ho (Jung Hae In) dan Han Ho Yeol (Koo Gyo Hwan).

Untuk memeriahkan lagi jalan cerita, pasukan produksi D.P. musim 2 juga menampilkan para pelakon terkenal Korea sebagai cameo. Beberapa orang artis juga pernah tampil di musim pertama drama siri ini.

Jom sama-sama kita lihat siapakah pelakon-pelakon yang muncul sebagai cameo dalam D.P. musim 2 seperti di bawah ini:

1. Choi Hyun Wook memeriahkan D.P. musim 2 sebagai salah seorang tentera unit G.P yang sifatnya berubah setelah menyaksikan kematian rakannya

2888b9a3 e6cc 413e 9e1e cf131ee19133 1
2. Kini mula dikenali, Lee Yeon turut sama bergabung dalam D.P. musim 2 dengan membawa watak sebagai adik perempuan An Jun Ho

69b608cc 76f9 4dd7 a92d 32a3da934b02
3. Moon Sang Hoon menjadi tentera yang melarikan diri setelah menembak orang atasannya. Dia pernah tampil sebagai cameo dalam musim 1

dac2cd70 b769 4db0 894a 7f252dbed955 1
4. Begitu juga dengan Go Kyung Pyo yang pernah tampil di musim 1. Dia kembali muncul sebagai musuh sekaligus tentera yang menangkap An Jun Ho

3cef82cd 3abb 4aa1 a5ef 57a52ba52448
5. Yoo Su Bin muncul sesekali sebagai anak orang kaya yang bergabung dalam pasukan D.P. Dia mendapat layanan istimewa dari pegawai tertinggi tentera

058369e9 ba35 432e a47f 3326691f1e6b 1
6. Berakhir tragis dengan kisah yang menyesakkan dada, Bae Na Ra dikisahkan menerima layanan buruk sewaktu menjalani latihan ketenteraan kerana keinginannya untuk menjadi perempuan

da37bc08 523f 47a0 bd90 3bdbe5b8803f
7. Pernah tampil pada musim pertama, Won Ji An kembali muncul di musim 2. Dia ditampilkan untuk membantu An Jun Ho yang sedang melarikan diri

1267b10f eea6 45a9 848e b2c7e7df5a57
8. Lee Seol berlakon sebagai seorang wartawan yang tidak kenal erti takut untuk mengungkapkan kebenaran. Adiknya turut meninggal dunia sewaktu melarikan diri dari latihan ketenteraan

82bbaf9f 57fb 42cc 8e50 75053ed7d383
9. Awalnya disangkakan sebagai seorang yang budiman dan baik, Na Joong Seok (Im Sung Jae) ternyata suka membuli orang bawahannya. Dia mendapat balasan apabila terpijak periuk api

32f296d0 6e5f 4cef 977c 6cc23d468930
10. Menjadi tentera yang suka membuli di musim pertama, Shin Seung Ho juga meluangkan masanya untuk menjadi cameo tanpa dialog di episod terakhir

429ee852 ffc9 4586 830a c0b4bb78d9d7
11. Epilog episod terakhir, Cho Hyun Chul akhirnya sedar dari komanya setelah ditembak semasa pengakhiran musim pertama dulu. Dia mendatangi An Jun Ho

D.P.

Penampilan istimewa dari para pelakon terkenal Korea di atas tentunya membuatkan para penonton terkejut. Pastinya, ramai yang tidak menyangka jika mereka turut bergabung dalam drama siri D.P. musim 2 sebagai cameo.

Baca lagi: 10 Nasib Akhir Watak-Watak Dalam D.P. Musim 2, Akan Ada Musim 3?
Baca juga: D.P. Musim 2 – 4 Sebab Mengapa Perlu Tonton K-Drama Ini