Home Entertainment Dabbe: The Curse Of Jinn (2013) Filem Turki Diadabtasi Dari Kisah Benar

Dabbe: The Curse Of Jinn (2013) Filem Turki Diadabtasi Dari Kisah Benar

0

Dalam banyak-banyak filem seram Turki yang berdasarkan kisah benar yang min rasa teruja dan mampu memberi banyak kejutan kepada jantung min adalah DABBE: THE POSSESSION atau nama lain THE CURSE OF JINN (2013) yang kini masih boleh ditonton secara striming di NETFLIX.

Filem ini berkonsepkan “Found Footage”, jadi segala peristiwa dan lakonan yang dilakon semula memang sangat REALISTIK!

61891E63 9035 4DEA 9F14 E2066291F923

Filem ini memiliki identitinya tersendiri, unik dan menarik. Dari perspektif Islam pula, penulis telah mendalami kisah ini sebelum ia difilemkan yang mana ia dikaitkan dengan al-Quran, kiamat, sihir dan numerologi dan semua ini sememangnya berkait rapat dengan kehidupan kita.

Bagi sesetengah orang filem ini mungkin tidaklah seram mana, cuma jalan ceritanya memang agak menarik tetapi filem ini bukan untuk semua orang jadi tonton atas risiko sendiri.

PASTI ADA YANG TERTANYA-TANYA APAKAH MAKSUD “DABBE ” ?

Perkataan “Dabbe” muncul dalam beberapa ayat Al-Quran, walaupun Surat an-Naml (Semut) dalam Ayat 82 adalah satu-satunya yang merujuk kepada peristiwa tertentu yang akan berlaku ke arah Hari Kiamat: Binatang Bumi. Ciri-ciri “Dabbe” berikut telah dicadangkan berdasarkan tafsiran ayat ini.

1. Dabbe ialah makhluk hidup yang bergerak.

2. Dabbe adalah hasil bumi.

3. Dabbe ialah benda atau makhluk yang bercakap dan memberikan mesej tertentu, yang ditujukan kepada semua manusia.

BERBALIK KEPADA FILEM INI…

PERINGATAN!!

Tidak digalakkan menonton bersama anak-anak kecil, yang lemah semangat, ibu-ibu mengandung dan ada masalah “Klaustrophobia”.

SINOPSIS FILEM

Dabbe adalah senaskah filem berdasarkan bagaimana Islam melihat Jin dan Syaitan. Bagaimana mereka ini penuh dengan tipu daya dan kejam dan bagaimana mereka boleh mengambil nyawa manusia untuk menyempurnakan keinginan mereka dan sebagainya.

Mengikut bahasa Turki dan Islam, Dabbe bermaksud “yang berjalan di bumi”. Ia adalah kisah yang berdasarkan kehidupan seorang JIN yang telah ditipu oleh dua orang kampung dan kerana perbuatan salah mereka, anak perempuan mereka dijerat ke dalam perangkap JIN itu dan kisah ini menunjukkan bagaimana JIN itu merancang untuk membalas dendam atas perbuatan salah bapa mereka.

51CD642C BAE5 45F8 9C3F 006C44DFEDAA

Menurut kisah ini, kejadian ini berlaku di sebuah bandar perkampungan yang bernama KIBLEDERE.

BENARKAH BANDAR KIBLEDERE WUJUD?

YA! Bandar Kibledere sebenarnya wujud dan ia dipanggil penduduk setempat sebagai BANDAR BERHANTU. Dikatakan juga ustaz Faruk yang merawat Kubra (wanita yang dirasuk dalam kisah ini), masih lagi hidup tetapi telah kehilangan ingatan dan keberadaan Dr. Ebru (yang membuat rakaman dokumentari kisah ini) juga masih tidak diketahui. Fuhh! Min dengar pun rasa seram!

704B6D36 882B 4D6F A453 EE829BDDCFC9

Dr. Ebru (Irmak Örnek) seorang pakar psikiatri yang tidak mudah terpengaruh dan tidak percaya dengan kewujudan makhluk ghaib telah membuat rakaman dokumentari terhadap Faruk seorang Ustaz yang berilmu tinggi. Dia juga dikenali penduduk tempatan sebagai pengamal perubatan Islam yang pakar menangani gangguan makhluk halus dan yang seangkatannya.

5FC3E461 10CC 40BB B474 50CF41C976D2

Dokumentari tersebut akan digunakan untuk kelasnya sebagai penyelidikan di Universiti, dalam masa yang sama juga dia ingin membuktikan alam ghaib, jin, syaitan dan segala macam makhluk halus yang ada dimuka bumi ini adalah rekaan semata-mata.

Hmm..payah jika seseorang itu tidak percaya dengan kewujudan makhluk ghaib sedangkan “mereka” ini juga diciptakan oleh Allah s.w.t.

Bagi membuktikan dakwaannya, Dr. Ebru meminta Faruk untuk menyembuhkan rakan zaman kanak-kanaknya yang sudah lama tidak berjumpa selepas berpindah ke bandar lain semasa dia kecil.

Maka Faruk bersetuju dengan cadangannya untuk menyembuhkan rakannya bernama Kubra, yang telah dirasuk sesuatu dan menikam suaminya sehingga mati pada hari perkahwinannya lepas.

Sebelum mereka tiba di rumah Kubra, mereka telah melalui satu kawasan ini yang cukup menakutkan. Disitu terletaknya sebuah pokok yang dikatakan berhantu. Pokok itu dipenuhi dan digantung dengan botol-botol yang berisi darah, tulang, kepala binatang dan macam-macam lagi.

Ketika itu juga Faruk mula mengalami pengalaman pelik, tidak pula bagi Dr. Ebru kerana dia sememangnya menganggap semua itu adalah karut dan tahyul.

Kemudian mereka pun pergi ke rumah Kubra yang terletak di Kampung Kıbledere. Namun ketika mereka tiba di rumah Kubra, kerabat keluarga Kubra bertukar menjadi riuh-rendah kerana berang dengan Dr. Ebru yang membuat rakaman tanpa kebenaran mereka, sedangkan Kubra dalam kondisi yang agak teruk.

C0CE3A8A 7B37 4BE4 8D0B 59B46406437D

Setelah dijelaskan maksud tujuannya, Dr. Ebru pun memasang kamera di ruangan rumah yang dianggap “Hot Spot” bagi membolehkan dia memantau pergerakan makhluk halus. Faruk mula bertanya kepada setiap ahli keluarga Kubra bagaimana tingkah laku Kubra boleh mula berubah sehingga ke saat-saat dia dirasuk.

Kisah Kubra dikongsikan oleh Esra bagaimana dia telah melihat Kubra mula berkelakuan pelik pada malam perkahwinannya. Yang paling mengejutkan lagi, Esra menunjukkan rakaman video bagaimana Kubra mengamuk dan menikam suaminya sehingga mati. Kematian yang cukup sadis dan kejam!

A5CB942B 4E45 4B5B 8468 EF73C593D2A9

Faruk percaya yang Kubra telah dirasuk oleh Jin yang bernama Sare. Sepanjang rawatan dijalankan, pelbagai kejadian menakutkan telah berlaku. Walaupun bukti telah berada di depan mata Dr. Ebru, dia masih cuba mencari bukti dari segi kajian saintifik yang lebih logik baginya dan dia tetap masih mempersoalkan setiap kejadian paranormal yang berlaku.

Disaat Faruk menyangka Kubra telah berjaya disembuhkan, mereka dikejutkan pula semula di mana Kubra cuba membunuh ibu saudaranya Fatma sehingga mengalami kecederaan yang agak teruk.

Tiba-tiba satu kejadian misteri yang lebih gelap mula terbongkar dari yang disangkakan dan ketika inilah Dr. Ebru sendiri juga tidak terlepas daripada dirasuk.

9C70809C D6E2 4EDA BAC3 57ACF15AD0EE

Nak tahu bagaimana kisah selanjutnya? Anda perlu tonton dan mengalami pengalaman menonton itu sendiri ya!

Baca Lagi: Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders Jatuh Cinta Ketika Di Set Perfileman Vincenzo

Baca Juga: Filem dan Drama TV Terbaik Lakonan Lee Byung-hun