Home Video “Dah 2023 Pun Masih Nak Main Cop Parking”-Lagi Kes Cop Parking

“Dah 2023 Pun Masih Nak Main Cop Parking”-Lagi Kes Cop Parking

0

Di tahun 2023 masih lagi ada kes cop parking. Perbuatan tersebut sebenarnya salah di sisi undang-undang. Budaya “COP PARKING” adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Baru sahaja semalam tular sebuah video di tiktok di mana rakaman menunjukkan seorang lelaki dikatakan sedang cop parking. Dia dilihat sedang berdiri di petak parkir dengan membelakangi jalan raya. Situasi tersebut membuatkan netizen marah dengan lelaki tersebut.

“kasi hon 15 harkat bang.. setakat rakam tak jadi apa”

Baca juga : “Dah Masuk Tahun 2023, Masih Lagi Main Cop Parking” -Netizen

Lihat klip berdurasi pendek di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@MR Atan : perihatin la..sikit bagi kursi dan payung panas tu..kesian….

@kehidupan ibarat ombak : kenapa Aku tk jumpa org mcm ni..asyik org yg baik2 sabar2 je jumpa..haih

@AbearAmir : tunggu amek gambar hantar ke JPJ..dua dua happy,.

@Azahar trending : dia dapat dulu dia punya tempat

@lyanor145 : ada lagi orang yang macam ni dik ni tahun 2023 dik

@NazriMZ : hoi, dh klu terpacak mcm tu, nanti pengsan xpe tkut mampos terus.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram