Home News Dah Bercerai Dengan Fyna Jebat? Sekali Anak Zainal Abidin Hassan Pula Buat...

Dah Bercerai Dengan Fyna Jebat? Sekali Anak Zainal Abidin Hassan Pula Buat Pendedahan

0

Dato’ Zainal Abidin Hassan merupakan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an. Beliau dilahirkan pada 9 November tahun 1961, berasal dari Selangor. Dato’ Zainal Abidin juga pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Pahang, dan bersara dari area bola sepak pada tahun 1999 ketika berusia 38 tahun.

Baru-baru ini anak kepada jurulatih dan juga bekas pemain bola sepak kebangsaan ini iaitu Zahirah Aisyah mendedahkan bapanya sudah bercerai dengan isteri kedua, Fyna Jebat yang merupakan seorang penyanyi. Pendedahan itu telah dibuat menerusi ruangan komen oleh anaknya sendiri.

Menurut Aisyah, ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa pun, dan lantang memberi komen apabila beliau melihat terdapat posting yang tidak benar mengenai keluarganya.

Lihat komen Aisyah mendedahkan hubungan ayahnya dengan Fyna Jebat:

Screenshot 2023 05 17 154733

Aisyah juga mengatakan diruangan komen bahawa ayahnya sudah menceraikan isteri kedua, Fyna Jebat. Beliau juga memohon kepada pemilik akaun itu untuk buang posting tersebut kerana ianya tidak benar.

Oleh itu, netizen turut tidak sangka dengan pendedahan anaknya itu kerana tiada mendengar khabar apa-apa dari pihaknya ataupun pihak Fyna Jebat. Ada juga yang mengatakan menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen serta beberapa komen yang negetif dikeluarkan dari netizen. Warganet juga memberi komen untuk tidak mengambil endah perkara sebegini dan biarkan mereka menguruskan hal tersebut sendiri.

WhatsApp Image 2023 05 17 at 3.01.40 PM

Lihat apa kata orang ramai:

Farish Fazley: Pulakkk kawen cerai dikalangan kome buat mainan je ek

Dugong Manjer: Senang ja dato bagi kad merah.. ejas amyra khan pulak dato

Milin Merlina Edai Dusi: Elok lah tu cepat lepas dan bebas drpd byk pikiran uruskan keluarga org mcm tu…..masih muda juga kann fyna ni. ..lain kali boleh lah fikir baik2 lagi lepas ni sebelum menyesal lagi

Fatimah Timah Kader: Carilah yang tiada ikatan dengan sesiapa…kawin laki orang banyak masalah….

Rahman Dawood: Dato’ buat macam style Jendela perpindahan/Pertukaran pemain Pusingan kedua Liga gitu, sdh kebiasan ambik dan buang pemain

Ruzanaliza Ramli: Begitulah.. smanismapun yang muda, yang bersusah senang dari muda jugaklah paling terbaik

Muhamad Benjamin Ayubi: Dah kahwin Alhamdulilah la .Daripada yg lebih teruk lagi masalah..
Kita doa yg baik2 sbb kita semua pon ada family . Hari ni ujian lepa

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia