Home News “Dah Ready Nak Jaga Anak-Anak View Chin?” -Sekali Ini Respon Mira

“Dah Ready Nak Jaga Anak-Anak View Chin?” -Sekali Ini Respon Mira

0

Amirah Aqilah Firdaus atau dikenali sebagai Mira merupakan seorang infleuncer dan pernah ditular di mana beliau menjalinkan hubungan dengan majikannya iaitu View Chin. Isu ini telah didedahkan oleh isteri View Chin sendiri yang digelar sebagai Ah Moi.

Screenshot 2023 05 24 111009

Baru-baru ini Mira telah menyatakan yang beliau sudah bersedia untuk menjaga anak-anak View Chin, sekiranya mereka mendirikan rumah tangga nanti. Terdapat salah satu komen dari netizen yang menyoalnya mengenai beliau ssudah bersedia atau tidak untuk menjaga anak-anak Ah Moi dan View Chin di dalam siaran langsung di akaun Tiktok nya.

“Dah ready ke jaga anak-anak View Chin?” -Soal netizen

Screenshot 2023 05 24 120131

Mira juga memberi respon beberapa soalan mengenai anak-anak View Chin dan Ah Moi, yang mengatakan beliau sudah bersedia dari awal untuk menjaganya.

“Mestilah ready, Mira dah bersedia dari awal” -Mira

Screenshot 2023 05 24 112003

Dalam siaran langsung yag dibuat di akaun Tiktok beliau juga dikecam dan mendapat beberapa soalan mengenai Ah Moi jika sudah membuat permohonan maaf atau belum. Mira mengatakan beliau tidak akan berkongsi cerita kesemua hal peribadinya kepada orang.

“Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi” -Kata Mira

Screenshot 2023 05 24 111242

Kontroversi hubungan Mira dan View Chin telah menjadi bualan netizen di media sosial dan terdapat beberapa kecaman yang dilemparkan kepada mereka.

Netizen turut memberi komen mengenai respon Mira, mengatakan kepada beliau untuk tidak perlu menjaga anak-anak View Chin kerana ibunya iaitu Ah Moi masih ada dan mampu menjaganya. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Netizen juga mengatakan mereka yang mahu menjaga anak sendiri pun sudah penat inikan pula mahu menjaga anak orang lain.

Lihat apa kata orang ramai:

Muhammad Fayyadh: Ank sndiri nk jga pon dh penat apa lagi nk jga ank tiri

Fatihah: suka aty dia jee nk jaga ank org.. mak dia ade kut.. kemain jee.. tiber terpengaruh nk komen

Miya Mustafa: Mmg lh kena terima ank dia.xkn nk bpk je.tp mak nya msih hidup biar 100% mak nya jga.mira buat ank lain lah dgn view chin.kang timbul kes gduh pasal ank pulak.haihhhhh bila mau habis daaa

Cik Mawar: Sibuk nak jaga anak org..nak jaga anak.beranak sendiri lah

Marnol: Semoga dipermudahkan dan senantiasa istiqomah buat saudara baru View Chin

Muhd Faisal: Alhamdulilah mira hati baik mampu menjaga kita buat baik allah sayang kita

Faridah: ye lah nak ambil bapakkk dia..kena lah buat baik kat anak nya dulu..kann

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia