Home New Post “Dah Salah Buat Cara Salah”-Buka Pintu Sesuka Hati, Lelaki Ini Berang Bila...

“Dah Salah Buat Cara Salah”-Buka Pintu Sesuka Hati, Lelaki Ini Berang Bila Isterinya Ditegur

0

Tak semua orang  terbuka hati untuk menerima teguran. Ada juga orang yang tidak mudah menerima teguran dan mudah melenting apabila ditegur.

Baru sahaja tular sebuah video di media sosial di mana rakaman menunjukkan situasi dua orang lelaki yang sedang bergaduh. Difahamkan punca pergaduhan adalah bermula ketika terdapat seorang wanita yang secara tidak sengaja membuka pintu kereta sehingga terkena kereta di sebelahnya. Apa yang membuat pemilik video marah adalah apabila wanita tersebut seolah-olah menyalahkan keretanya yang parking berhampiran walhal dia yang sampai dahulu. Tindakannya yang menegur wanita terbabit sebanyak dua kali telah menyebabkan suami wanita tadi berang dan mula menengking lelaki terbabit.

Kejadian berlaku di 1120 park avenue, Block B1 area sunway.Kejadian berlaku pada jam 1.30 pm 31 Julai 2023.

Isteri beliau telah membuka kereta dengan kuat sehingga terdapat kesan calar pada kereta saya. Saya menegur isteri beliau dengan nada suara yg baik. Saya tegur boleh tak buka pintu slow2 jangan sampai terkena kereta orang. Mula2 isteri beliau berkata “oppss sory terkena”. Saya mula2 dah sejuk dah tapi ayat isteri beliau seterusnya yg buat saya tegur semula still dengan nada suara yg rendah. Isteri beliau boleh sambung kata kereta saya parking dekat2.

Setahu saya lah saya yg park kereta dahulu dan dia datang kemudian. Dia keluar kereta dan buka pintu sampai calar kereta orang. Lagi pun parking punya banyak dan dia yang datang kemudian parking sanggup menyempit masuk. Tengok lah betapa samseng nya dia..

Ya isteri nya dah mintak maaf tapi kenapa boleh salah kan saya parking dekat sedang kan dia yg parking kemudian. Saya telah park kereta dan berada dalam kereta hampir 20minit kut kerana menunggu orang dan baru dia sampai parking.

Si suami pulak tiba2 datang menjerit kata kau nak apa lagi!! Eh kalau si isteri dah buat silap sepatutnya sebagai suami datang mohon maaf on behalf si isteri tu. Ni tak terus menengking dan menjerit jerit. Saya post ni bukan nak aib kan sapa2 tapi nak tunjuk kelakuan biadap suami isteri yg dah buat salah tapi tunjuk samseng…

Situasi tersebut telah menarik perhatian netizen dan masing-masing beringat supaya tidak membuka pintu secara kuat.

Baca juga : Buka Pintu Kereta Tak Tgk Belakang, Rakaman Wanita Ini Jatuh Tarik Perhatian Netizen

Baca juga : “Agaknya Dia Nak Tumpang Kot..”-Selamba Je Aunty Ni Bukak Pintu Kereta Org Lain

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@Ayip : dia marah sbb x nk bertanggungjawab. tu je ceritanya

@Ariel Penang : tempat parking sempit..so hati hati masa buka pintu kereta tu…

@Gorgonz : nasib baik lakiku penyabar orgnyaa. bini pulak yg tak penyabar

@nish : saya kalau buka pintu, saya letak tangan kat pintu yang hujung tu sebab taknak kena kereta orang

@Mar Shamsuddin : nasib baik isteri abg ni suruh menyaba. pentingnya isteri yg bijak.

@Kak fa : bergetar suara bro ni.. bole.. bole.. situ je tahu betapa dia menahan sabar dia.. + wife dia pun bagus nasihati dia…

@avocado mayo : aku selalu pesan awal2 kat anak2..buka pintu jgn besar2.. jgn sampai tkena kereta org. sbb xnk jd mcm ni lah.

@Romeo : sampai balai polis nada cakap tu akan berubah. tiada tengking2 . percaya la. semoga urusan dipermudahkan

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram