TWICE menunjukkan pelbagai gaya berbeza untuk kemunculan semula mereka baru-baru ini dengan mini album kesebelas mereka, Between 1&2.
TWICE kelihatan luar biasa dalam penampilan fesyen Y2K retro dan penampilan yang lebih moden dan matang juga.
Ahli TWICE kelihatan sangat menyukai pakaian matang yang mereka pakai kali ini. Ketua TWICE, Jihyo juga tidak berhenti memuji mereka.
Melihat semua orang dalam pakaian yang selaras telah mengingatkan Jihyo tentang single Jepun mereka “BDZ,” yang dikeluarkan pada 2018.
Mereka kemudian termenung melihat bagaimana mereka telah berkembang sejak itu, manakala disitu juga kelihatan Dahyun yang sedang menyanyi dan menari di belakang.
Semasa mereka semua berkumpul untuk gambar kumpulan mereka, ahli Nayeon menyedari bahawa dia mempunyai sarung (senjata) sebagai sebahagian daripada pakaiannya tetapi bagaimanapun dia tidak mempunyai senjata.
Chaeyoung kemudian bergurau memberitahu bahawa senjatanya juga hilang, dan mereka berdua membuat kesimpulan bahawa Dahyun telah mengambilnya.
Mereka memutuskan untuk mencari “pencuri” bersama-sama dan membawa kamera juga sebagai saksi.
Apabila menghampiri Dahyun, dia mendedahkan bahawa dia mempunyai senjata itu dan kemudian dia bergurau dengan mengeluarkan pistol jari.
Dahyun sangat bersemangat untuk memainkan watak ‘spy’, yang akhirnya telah membuat dia memikirkan kumpulan gadis K-Pop ini.
Dahyun mempersembahkan satu tarian yang terkenal. Tarian itu sebenarnya merupakan tarian ikonik BLACKPINK iaitu “Ddu Du Ddu Du”. Walaupun detik itu berlaku dengan pantas, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk ditonton oleh peminat.
Baca lagi: Yulhee ‘Tutup Kilang’ Di Usia 25 Tahun? Ini Sebabnya
Baca lagi: “Bukan Menyanyi Pun,Lip Sync Je Tu”-Kemampuan BLACKPINK Hanya Mampu Menari & Buat Cantik Sahaja