Home News Dalam Rumah Terlalu Bahang Panas? Ikuti 3 Cara Sejukkan Rumah Tanpa Menggunakan...

Dalam Rumah Terlalu Bahang Panas? Ikuti 3 Cara Sejukkan Rumah Tanpa Menggunakan Aircond

0

Cuaca panas melampau yang sedang melanda Malaysia menyebabkan kita hidup dalam suasana tidak selesa. Situasi ini tidak begitu dirasai sekiranya kediaman anda delengkap pendingin hawa, namun apa pula alternatif bagi mereka yang kurang berkemampuan?

Wanita Ini Kongsi 3 Cara Sejukkan Rumah Tanpa Menggunakan Aircond

1. Aluminium Foil

Screenshot 2023 06 12 141433

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sapiah Mamat berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium foil.

Menurutnya, kaedah itu jauh lebih jimat memandangkan aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dan lebih murah berbanding kos pemasangan aircond.

“Tips sejukkan rumah tanpa pasang aircong, tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman dan tak berbahang”
“Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh”
“Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling”

Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah atap yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekaligus menjadikan rumah lebih nyaman.

2. Exhaust Fan

Screenshot 2023 06 12 141451

Antara kaedah lain, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal. Exhaust fan ini biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.

Exhaust fan tidak berfungsi untuk menyejukkan, tapi dapat pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.

“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling sahaja”
-kata seorang pengguna

3. Ais

Screenshot 2023 06 12 141508

Cara kreatif menggunakan ais untuk mendapatkan udara nyaman di kediaman anda.

Caranya, halakan kipas ke arah ketulan ais yang diletakkan di dalam bekas bagi mendapatkan rasa sejuk seperti aircond.

Satu petua mudah, taburkan garam ke atas ketulan ais bagi menjadikan kekal beku dengan lebih lama.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda, selamat mencuba gaiss!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat