Azhar Bin Sulaiman merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka Malaysia. Beliau dilahirkan pada 22 Julai tahun 1971, berasal dari Bentong, Pahang. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlid Ahmad atau dikenali sebagai Connie.
Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada tahun 1995, dan dikurniakan 3 orang cahaya mata yang diberi nama Kasih Leia Ixora (2000) dan dua anak kembar iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin (2002).
Baru-baru ini Azhar Sulaiman mendapat komen ‘biadap’ dari salah seorang lelaki yang meminta izin kepadanya untuk meminjam’ anak perempuan beliau iaitu Kasih Iris untuk sehari mengundang kemarahan Azhar.
Beliau kesal dengan tindakan kurang ajar lelak itu, dengan bertindak memuat naik komen dan gambar individu di Facebook dan meminta dia bertemu dengannya.
Netizen turut meluahkan rasa bengang terhadap lelaki itu yang disifatkan tidak beradab apatah lagi dia dipercayai sudah mendirikan rumah tangga.
Netizen juga meminta Azhar untuk mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya jangan meninggalkan komen yang berbaur lucah tanpa rasa malu.
Malah ada dalam kalangan mereka berjaya mendapat salinan kad pengenalan lelaki tersebut dan kemudian diberikan kepada Azhar untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, Azhar mengatakan beliau tidak mahu mengambil tindakan lanjut terhadap si pelaku memandangkan dia sendiri sudah bendapat malu selepas semua media sosial miliknya lesap.
“Saya tak perlu saman dia, seseorang akan tampar dia nanti. Keluarga Leona sangat besar kaum kerabat dia”
Terima kasih kepada peminat yang bagi saya kad pengenalan (IC) lelaki ini tanpa diminta. Kuasa rangkaian dan persahabatan”
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Mstar