Home Video Dapat Mesej ‘Voice Note’ Seperti Orang Sedang Jampi, Lihat Apa Yang Berlaku...

Dapat Mesej ‘Voice Note’ Seperti Orang Sedang Jampi, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Wanita Ini

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok thekhainis, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita berkongsi cerita di mana beliau telah mendapat pesanan suara daripada nombor yang tak dikenali di aplikasi WhatsApp. Wanita ini juga mengatakan beliau buka mesej tersebut dan tidak berani untuk mendengarnya sehingga habis. Beliau turut tertanya-tanya, adakah perkara ini benar dan bertanya kepada orang ramai jika ada yang terkena perkara yang sama.

Screenshot 2023 09 07 200626
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada segelintir orang dan meminta orang ramai untuk berhati-hati jika mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali. Ada juga yang berkongsi cerita di mana salah seorang rakan ataupun ahli keluarga juga pernah terkena dengan situasi tersebut.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 134.8K penonton, 7644 sukaan dan 154 komen.

Baca lagi: Duit Bertukar Jadi Bantal, Lelaki Rugi Sebanyak RM22,000 Akibat Percaya Bomoh

Baca lagi: Beri Sindiran Harga Barang Naik, Respon Makcik Ini Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@syabila: Kawan sye pernah kena,die dgr voice note tu pastu kena pukau..Lepas tu duit dlm bank die hilang

@Hairil Alfian: sis..sy yg lelaki ni klw ada no yg x knl sy x lyn n x buka ..yup ada sis. skrng ni ilmu pukau/sihir makin canggih..stay safe sis

@BB ZAZA: ada jg kbaikan manusia mcm ak. klu x knal numb lgsg x baca. aku sidai org tu…

@asana: Sentiasa amalkan doa pelindung sis .. Semoga terlindung dari benda yg tak baik

@ZaZaZars_DJ FUNS: takut voice tu bacaan jampi atau ayat2 pukau ke coz benda2 tak baik nie mmg macam2 cara blh dibuat.helok tak dgr smpi habis tu.ghisau

@azhadakhalid: masya-Allah ..kalau dlm voice note xpnh..tapi dari call phone directly..kak sulung pnh kene. suara lelaki yg berckp dgn bahasa yg x difahami. 3x.

@Jen: 2008 arwah mak saya pernah kena setiap jam 3pagi dia akan dpt call.hp dia jenis yg lama.. bila mak angkat dia asik ketawa mengilai dua hari mak kena..

@mrajiz0110: nauzubillahminzalik
smoga dijauhkan benda2 yg tidak elok ni.

@Zue Abd Rahman: kawan akk pernah terima voice note tu… mmg mcm jampi

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram