Di platform media, netizen menggaru kepala sambil melihat gambar-gambar NewJeans di ‘KCON Jepun’ tahun ini.
Rambut, solekan dan pakaian mereka (disingkatkan dalam bahasa Korea sebagai HMC) telah mendapat kritikan hingga menyebabkan netizen tertanya-tanya “apakah konsep kali ini.”
Dalam gambar itu, Haerin mempunyai rambut berwarna ungu yang diluntur dengan t grafik dan ‘playful’ aksesori. Danielle memakai beanie bercorak neon dengan baju empat warna. Anggota lain juga dilihat memakai topi berwarna-warni dengan gaya berbeza dengan pakaian sporty. Kebanyakan rambut mereka diwarnakan, dan solekkan mereka juga agak gelap.
Artikel Berkaitan: NewJeans Dapat Anugerah ‘Pakaian Terburuk’ Di The Fact Music Awards 2022
Reaksi netizen:
“Mereka mendapat populariti yang hebat kerana mereka kelihatan sangat natural dan simple. Mengapa sekarang gaya fesyen mereka susah macam tu.. Saya fikir mereka akan kelihatan lebih baik dengan t-shirt putih dan seluar jeans”
“Dulu semuanya baik…kenapa…..”
“Tolong jangan ‘bleach’ rambut mereka…!!”
“Apa jenis kekejaman ini… di mana bayi saya dari MV Attention…”
“Apa yang mereka lakukan dengan gadis-gadis ini yang kelihatan cantik walaupun hanya dengan kemeja-t putih dan seluar jeans…Maksud saya adakah mereka melakukan ini kerana mereka sudah kelihatan cantik dengan pakaian yang ringkas dan oleh itu mereka cuba bereksperimen dengan fesyen baharu…? “
Apa pendapat korang dengan konsep terbaru NewJeans ini?
Sumber: [1]