Salah satu tema yang paling biasa dalam drama ialah hubungan daripada “kawan menjadi kekasih”. Lagipun, apa yang lebih menarik daripada melihat dua orang yang sudah begitu jelas mempercayai, dan menyokong antara satu sama lain jatuh cinta? Banyak drama yang mempunyai tema seperti ini.
Berikut adalah 5 drama yang menggunakan tema “kawan kepada kekasih” yang patut anda tonton:
She was pretty
Korang pernah tonton drama bersiri Kdrama She Was Pretty lakonan Park Seo-Joon dan Hwang Jung-Eum? Haa, mesti pernah kan! Ala Kdrama yang terkenal tu!
Sekarang She Was Pretty dah ada remake dalam Bahasa Melayu tau!!! Pelakon pun semua hebat-hebat, ada Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan Danielle Sya! She Was Pretty merupakan drama tahun 2022 arahan Yusry Abdul Halim dan telah ditayangkan secara eksklusif di Viu pada 23 Jun yang lalu.
Cerita ini mengisahkan tentang pertemuan semula Nadia, lakonan Diana Danielle dan Haniff, lakonan Aiman Hakim selepas berpisah selama 15 tahun. Mereka merupakan jiran semasa zaman persekolahan. Pada zaman sekolah, Haniff seorang yang gemuk dan dia berkawan dengan Nadia yang cantik dan juga popular.
Tetapi persahabatan mereka terpaksa diputuskan kerana Haniff perlu mengikuti keluarganya ke luar Negara. Selepas 15 tahun, Haniff menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Nadia setelah bertahun berhubung melalui email sahaja.
Nadia berasa teruja, namun dia yang dahulu bukanlah yang sekarang. Penampilannya sudah berubah dan dia sudah menjadi tidak cantik. Rambutnya yang kerinting dan muka yang pernuh dengan bintik-bintik membuatkan dia tidak yakin untuk bertemu dengan Haniff.
Akhirnya dia meminta bantuan rakannya, Jo untuk menyamar menjadi dirinya. Persoalannya, dapatkah Nadia dan Jo memberitahu perkara sebenar? Dan dapatkah Haniff mengecam bahawa Nadia yang sebenar itu merupakan pekerja bawahannya? Nak tahu kena la tonton cerita ni dekat Viu!
Into The Ring
Drama yang kedua ini pula drama Korea iaitu Into The Ring. Seo Gong Myung ialah seorang penjawat awam elit yang cekap. Dia boleh melakukan pelbagai tugas dengan mudah dan digelar sebagai ‘Lelaki Kacak Nombor Satu’ dalam Jawatankuasa Rakyat Daerah.
Walau bagaimanapun, orang melihat dirinya sebagai seorang yang dingin, tegas, berdikari, dan tidak dapat didekati. Kekurangan fleksibiliti dan kecenderungannya untuk mengkritik semua orang yang memasuki domainnya, bukan sahaja mendapat nama samaran ‘Lucifer Hebat’, tetapi lebih banyak musuh daripada kawan.
Goo Se Ra pula seorang wanita kelas bawah yang mempunyai sedikit pendidikan atau wang, tetapi masih boleh bercakap dengan baik. Dikenali sebagai ‘Ratu Aduan Sivil’, dia seorang yang boleh diharap! Dia memegang banyak jawatan pada masa lalu, namun, tidak satu pun daripadanya menjadi sumber pendapatan yang stabil.
Kisah percintaan mereka bermula apabila Seo Gong Myung yang baru diturunkan pangkat dan ahli Majlis baru Goo Se Ra bergabung untuk menghukum ahli politik yang korup.
Fight for my way
Fight for My Way mengisahkan tentang dua sahabat lama yang terperangkap dalam kesibukan seharian mereka, tetapi mereka berimpian untuk mengubah kehidupan mereka kearah yang lebih baik.
Park Seo Joon memainkan watak sebagai Ko Dong Man yang tidak berpuas hati dengan keadaan pekerjaannya sekarang. Dia telah meletakkan impiannya untuk menjadi seorang pejuang seni mempertahankan diri , tetapi dia akhirnya memutuskan bahawa dia tidak akan gembira melainkan dia mengejarnya.
Sudah tentu, ia bukan satu perjalanan yang mudah, dan dia menghadapi banyak halangan dalam perjalanannya untuk mencapai impiannya.
Kim Ji Won pula memainkan watak Choi Ae Ra yang juga tidak berpuas hati dengan pekerjaannya. Dia ingin menjadi penyampai TV, tetapi kekurangan pendidikan dan pengalamannya seolah-olah membuatkan impiannya itu menjadi mustahil.
Perjalanannya untuk mencapai impiannya juga merupakan jalan yang bergelora, tetapi ia diteruskan dengan sokongan rakannya Dong Man.
Dua plot utama cerita ini ialah kerjaya Bong Man dan Ae Ra dan hubungan mereka, yang daripada hubungan kawan kepada kekasih.
46 days
Yang seterusnya ini merupakan drama Thailand iaitu 46 days. Siri ini mengisahkan Ying Ying, seorang ‘Influencer’ yang tidak begitu popular yang hampir kehilangan sumber rezekinya selepas dia ditangkap bercakap bohong ketika sedang ‘Live’ oleh peminat.
Selain berusaha untuk bertahan dalam kehidupannya, dia juga perlu membantu kawan baiknya, Noina, yang kini menjadi pemiutang hutangnya sendiri.
Noina diberitahu oleh tukang tilik bahawa dia akan berkahwin pada tahun ini. Melihat sekeliling, dia melihat bahawa Dr. Korn, yang sempurna dengan wajah yang kacak dan kehidupan kerjaya yang bagus, adalah satu-satunya untuknya.
Satu-satunya masalah ialah dalam tempoh 46 hari akan datang, dia akan berkahwin dengan teman wanitanya, Wisa, seorang selebriti yang seperti puteri. Tetapi menariknya Ying Ying dan Noina telah mendapati bahawa bakal pengantin perempuan ini menyembunyikan satu rahsia.
Misi ‘melindungi lelaki itu dan membebaskannya daripada pengantin perempuan jahat, dan berakhir dengan malaikat’ sedia untuk bermula. Jika misi itu berjaya diselesaikan, tiada lagi hutang Ying Ying terhadap Noina.
Namun, terdapat satu lagi halangan, Dr. Pat, kawan baik Dr. Korn, yang memerhati setiap pergerakan mereka. Adakah usaha mereka akan berjaya? Kena tengok lah kalau nak tahu!
Ganjil
Drama yang terakhir ialah drama melayu iaitu Ganjil. Ia mengisahkan tentang pertemuan yang aneh di antara seorang jurutera IT yang bernama Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle), seorang influencer media sosial yang sangat periang.
Mereka berdua tidak pernah bertemu dan tidak mengenali antara satu sama lain. Namun, telah ditemukan di dalam mimpi. Aneh bukan? Mereka akan berjumpa setiap kali mereka tidur. Pada awalnya mereka berfikir bahawa itu hanya sekadar mimpi biasa, sehinggalah mereka menemui petunjuk yang membawa kepada kebenaran diri masing-masing di dunia realiti.
Perhubungan mereka menjadi semakin rapat dan persahabatan antara mereka mula terjalin, angkara pertemuan setiap hari melalui mimpi. Mereka berusaha untuk bertemu di dunia nyata namun gagal.
Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. GANJIL juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.
Artikel Berkaitan: Bosan Nak Layan Drama Korea? Ini 3 Rancangan Realiti Korea Yang Akan Menyeronokkan Hujung Minggu Anda!
Artikel Berkaitan: Apa Yang Menarik Tentang 4 Drama Korea Ini Sehingga Mendapat ‘Rating‘ Yang Tinggi?