Home Video Dato’ Fizz Fairuz Kongsi Pengalaman Pergi Ke Hospital, Buat Ramai Yang Tak...

Dato’ Fizz Fairuz Kongsi Pengalaman Pergi Ke Hospital, Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Dato’ Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau dikenali sebagai Fizz Fairuz merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau dilahirkan pada 22 Oktober tahun 1979, berasal dari Raub, Pahang. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi drama ‘Dua Hati’ dan drama bersiri ‘Nur Kasih’ di mana digandingkan bersama Tiz Zaqyah.

Dato’ Fizz Fairuz telah berkahwin dengan juga seorang pelakon iaitu Almy Nadia pada 26 April tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan 3 orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Afrina Arianna, Afrina Aurora, Afrina Ayra, dan satu anak angkat Afrina Darwisyah.

Screenshot 2023 06 05 155727

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Dato’ Fizz Fairuz bawa isterinya ke hospital untuk membuat pemeriksaan, namun apa yang dikongsikan oleh beliau pula buat ramai yang tidak sangka dengan pengalaman mereka berdua pergi ke hospital setelah itu. Dato’ Fizz Fairuz juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan doktor yang ‘tidak pandai’ ketika memeriksa, kerana tindakan doktor tersebut membuatkan beliau berasa tidak ada kaitan dengan sakitnya.

Netizen turut memberi komen mengenai perkongsian beliau, mengatakan terhibur dengan gelagatnya dengan isteri yang secara spontan dan selamba. Ada juga yang mengatakan perkara itu sememangnya berlaku untuk melihat jika pesakit tersebut mempunyai penyakit lain. Perkongsian video klip yang dikongsi oleh Dato’ Fizz Fairuz di akaun Instagram nya juga telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 17K sukaan dan 252 komen.

Lihat klip durasi pendek perkongsian Dato’ Fizz Fairuz:

Lihat apa juga kata orang ramai:

mazliyanahayaha: Perlu kalau jumpa pakar ENT, nnt akan ct scan lps tu akan nmpk punca lain plk sinus or else

iesyatoh: aduhhhh mcm2 hallllll.. @fizzfairuzofficial , org tu tgh sakittttt kite pun tergelak sama.. get well soon ampa @almynadiaofficial

nadyaismail: Haha hadoi, doc pun org batuk pegi scan muke..mane maunyee

pepel.lavender: Beli hudson cengkih kt guardian. Kemam selalu In sya Allah blh lega batuk tu

madame_syalee: Xray muka, xray sinus kot dato. Prolong cough pun dia xray muka. Dan dada.

Nor_faizah_mohamad: X ray paru2 takut ada infection, doc tu salah cakap tu ke muka perginya

w4fiqsyaari: lebih kurang kes sy juga @fizzfairuzofficial .kaki terpelecot main bola disuruhnya ambil darah takut gaut.garu kepala sy lalu sy balik terus.kiki

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram