Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok skoptiktok, dan telah ditular baru-baru ini.
Datuk Dr. Mohd Yusof Md Haslam Khan merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia. Beliau dilahirkan pada 24 April 1954, berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya iaitu Skop Productions yang ditubuhkan pada tahun 1985.
Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pula pada tahun 1972, di mana beliau memegang watak tambahan sebagai penonton perlawanan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Tan Sri P.Ramlee.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Datuk Yusof Haslam menjemput pekerja-pekerja nya untuk melihat kawasan rumah beliau. Seperti yang dilihat, dalam keadaan rumah yang besar beliau juga membela beberapa jenis haiwan peliharaan salah satunya kambing, ayam dan itik. Datuk Yusof Haslam turut menunjuk tempat yang beliau membuat pengambaran dalam filem ‘Sembilu’ dan ‘Sembilu Kasih’ di gelanggang tenisnya.
Netizen turut memberi komen mengenai vlog di rumah Datuk Yusof Haslam ini, mengatakan tidak sangka rumah beliau sebesar ini mempunyai reban seperti rumah ala-ala kampung. Ada juga yang memberikan pujian kepada Datuk Yusof Haslam di mana cara beliau melayan pekerja-pekerja tersebut dengan secara spontan dapat perhatian ramai.
Lihat klip durasi pendek Datuk Yusof Haslam buat vlog di rumahnya:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Syahrul: Org pencen, mmg suka brbakti pada alam..best btul, dpt healing..
@jani: ingat Kan Dato nmpak tegas garang rupanye dato perama kelakar semoga Dato sihat selalu
@Amad Senyum: Ni bukan lagi rumah, elok panggil kampung dato je terus
@@Topan: ini nama nya asal dari kg tak lupa diri bila dah jutawan dalm reban boleh masuk kalo yg sekarang ni kalo g tempt mcm ni haha
@johnLongkai: trbaik datok…nnti sy nk brlakon ngan datok jd tukang cuci reban kmbing pun xpe datok
@Mohd shaffiq: pernah kj jd crew production skop kalo tertinggal barang dkt kereta,penat nk naik balik dkt atas..Dato’ mmg sporting&sempoi hbs..
@ichiw0n: dulu rumah Datuk Yusuf Haslam ni idaman semua org kat Malaysia. kalau pergi KL mesti kena lalu kawasan rumah dia.. tp skrg dh byk rumah2 mewah founde2
@Ara Yusof: kdg Kita tengok dunia dah begini…teruja tengok..mcm mana syurga Allah di akhirat kelak kemewahannya…
@GIGI: Suka lalu rumah Dato… nmpk dri luar mcm 1 tingkat rumah, rupanya aras bawah lagi besar gedabak….
@ZUBAR NETWORK: terbaik DYH tokoh yang takde isu dalam melakar kejayaan
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 3M penonton, 218.1K sukaan dan 3589 komen.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram