Home News DBKL Gempur Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara Di Sekitar KLCC

DBKL Gempur Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara Di Sekitar KLCC

0

Baru beberapa hari yang lepas tular mengenai isu penjaja tanpa lesen yang sesuka hati membuka tapak di sekitar klcc dan melakukan kegiatan menjual barangan mereka. Mereka yang menjual tersebut terdiri daripada bukan warganegara.

DBKL dalam satu kenyataan di Facebook berkata, operasi tindakan khas penjaja tanpa lesen bukan warga negara itu dijalankan sekitar ibu negara pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Sebanyak empat tindakan sita/pindah halangan diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjaja makanan dan minuman termasuk dua peniaga pakaian terpakai.

“Satu notis kompaun di bawah Undang-undang kecil (UUK) 3(1), UUK Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 terhadap penjaja warga negara tanpa lesen,” kata kenyataan itu hari ini.

DBKL berkata, tindakan diambil susulan aduan dan penularan video memaparkan aktiviti menjaja membabitkan individu dipercayai warga asing baru-baru ini.

Katanya, anggota penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi-lokasi hotspot bagi memastikan aktiviti itu dapat dibendung.

Baca juga : Disuruh Bayar Parking Tepi Jalan RM 5 Untuk 10 Minit, Wanita Minta Pihak DBKL Siasat

Baca juga : “DBKL Buat Taman Untuk Jemur Cili Ke”-Kes Warga Luar Buat Mcm Negara Sendiri

Lihat klip video di instagram :

https://www.instagram.com/reel/CuQm2l8Ow5Y/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Lihat juga komen netizen :

@AbeFPV : utk pengetahuan korang. yg area klcc dan ampangpark tu dah berpuluh kali kene angkut 2 3 hari ade balik..

@IzHaRiZaN1 : Dah viral baru nk buat keje .aaihh..

@suhaimi : Angkut dan saman, serah kat imigresrn, salahguna pas lawatan

@Tengku Bukit Gedong™ : DBKL mesti tegas. Barulah sentiasa dapat tabik hormat dan doa yang baik-baik…

@norlyhelmi : Kena teruskan pantau berkala agar dorang tak ulagi lagi

@Agi Gibb Deen : kat Bangkok pon banyak kiosk kat depan bank, as long bersih dan halal, buat penguatkuasaan camtu, yg elok utk semua

@Athynn : kena letak askar or polis suruh jaga kwsan

@sitiain72 : undang2 tak tegas sbb tu puak2 tu tak takut

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram