Pelakon kacak Lee Jin Wook membawa watak Jung Hyun Oh dalam drama Korea yang sedang hangat dan masih ongoing iaitu Dear Hyeri.
Watak yang dibawa oleh Lee Jin Wook ini adalah sebagai bekas teman lelaki Joo Eun Ho (Shin Hye Sun). Mereka berdua menjalin hubungan selama lapan tahun dan selepas itu mereka berdua putus cinta kerana mereka mempunyai tujuan hidup yang berbeza.
Dari awal lagi, Jung Hyun Oh sudah menjelaskan bahawa dia tidak mahu mendirikan rumah tangga kerana dia tidak boleh memberikan komitmen terhadap perkahwinan.
Walau demikian, apakah sebenarnya sebab utama Jung Hyun Oh lebih memilih untuk melepaskan teman wanitanya itu dalam drama Korea Dear Hyeri?
1. Jung Hyun Oh ditinggalkan oleh ibunya sendiri sejak dia masih kecil lagi, pemergian ibunya itu membuatkannya memasang impian untuk menjadi menjadi pembaca berita supaya dia dikenali oleh ibunya suatu hari nanti
2. Sejak waktu itu, Jung Hyun Oh tinggal bersama ayahnya. Walau ayahnya bekerja seperti orang lain pada umumnya, tetapi ayahnya itu sebenarnya lebih suka berjudi
3. Oleh kerana ayahnya banyak berhutang dan dia perlu menyara hidup, Jung Hyun Oh terpaksa bekerja secara sambilan pada zaman remajanya
4. Ketika Jung Hyun Oh pulang dari kerja, ayahnya ditemui mati dalam kebakaran dan meninggalkan hutang sebanyak 100 juta won
5. Jung Hyun Oh harus terpaksa tinggal bersama para nenek pemiutang dan menjaga mereka sebagai syarat untuk melunaskan hutang ayahnya. Seperti ahli keluarga sendiri, para nenek tersebut membesarkan mereka dengan penuh perhatian dan kasih sayang
6. Jung Hyun Oh mengajak jiran tetangganya, Moon Ji On dan Soo Jeong kecil untuk tinggal bersama mereka kerana ayah mereka melarikan diri
7. Walau ingin mendirikan rumah tangga, Jung Hyun Oh memadamkan niat tersebut kerana dia perlu menanggung kos rawatan keenam-enam orang neneknya sendirian
Disebalik kerjayanya yang cemerlang, Jung Hyun Oh menyimpan masa silam yang menyedihkan. Dia tidak mahu menyusahkan wanita yang berkahwin dengannya kerana beban yang ditanggung seumur hidupnya itu adalah sangat berat. Mempunyai tanggung jawab yang besar, kisah masa silam Jung Hyun Oh ini berjaya membuatkan para penonton sebak.
Jangan lupa saksikan episod seterus ”Dear Hyeri”! pada setiap Isnin dan Selasa ya!
Baca lagi: Kdrama Psiko-Thriller “Doubt” Menyajikan Plot Yang Berat Penuh Misteri yang Perlu Diselesaikan Berbaloi Ditonton?
Baca juga: 3 Lelaki Ini dalam “Dear Hyeri” Adalah Minat Cinta Shin Hye Sun, Siapakah Mereka?